Thursday, December 23, 2010

3 LUBANG, BULAT DAN LICIN

Bulat dan licin??? 3 Lubang??? muahahahaha... APA???

BOWLING laaa!!! :))

Mesti ingat saya merapu entah apa-apa kan??? eeeiii... apa ni... tak baik tau... saya ni lurus orangnya :P

Last saturday 'berjimba' dengan geng officemate... Last minute planing, tapi memang cun la. Sebab masing-masing bosan gila, so macam 'orang mengantuk dapat bantal' laa..:)


Before habiskan tenaga baling bola yang entah berapa KG... kitorang ambil tenaga dulu kat NOODLE STATION. hehehe...


Tapi saya just layan Ice Lemon Tea... tak macam budak tembam sebelah saya tu, siap Ice Blanded bagai...


Dan budak comel shawl dot dot nie layan Mee Tom Yam... Bau Tom Yam tu buat saya teringat-ingat sampai hari ni tau!!! Dia ni, makan la apapun, memang saya akan nampak sedap je...pelik la..hehehe
And one more thing about her, kulit dia ni memang niece sangat... lembut je... geram saya tengok. Pipi kamu tu memang gebu lah!!! uishhhh...

JELES AIII... :p

~NONO & HER STORY~

Wednesday, December 22, 2010

DEMI CIK SITI

Semalam sengaja skip lunch semata-mata nak balun dinner cukup-cukup..:P

Balik dari office 5.45 then solat dan siap ala kadar.Pukul 6.15 bertolak dari rumah, hampir pukul 7 baru sampai KB, jamm punya lah hazab. Maybe sebab gaji punya pasal, semua pun nak shopping kan... huhu


Yummy... NASI GORENG AYAM- MINE


CHICKEN CHOP -ATIE


AYAM HALIA AND TOM YAM- MIMIE

Makanan adalah super duper sedap... memang berbaloi berjamm bagai and skip lunch... hehehe.
This is my favvy place, kalau siapa-siapa nak datang KB, for sure saya akan bawa kamu rasa makanan kat sini. Of course lepas tu ada yang termimpi-mimpi tau :P

But serious tau, one of my aunty hari tu from Terengganu datang KB, then mama bawa diorang makan kat Cik Siti ni... after that, till now kalau chatting mesti dia asyik bertanya pasal kedai ni. Memang sure akan teringat-ingat la. :)

Jom la try...

SELERA CIK SITI
LOT 531 TINGKAT BAWAH,
JALAN RAJA MAHMOOD,
15200 KOTA BHARU,
KELANTAN
09-7474734

If tanya saya apa yang sedap - 'Semua sedap'... esp - CHICKEN CHOP AND TOM YAM!!! ALSO JUS CIK SITI!!! yummyyyyyy... :)

But if korang mengigau nanti jangan salahkan saya tau!!! :P


~NONO & HER STORY~

BODY TO BODY :)

The latest product i got from Bodyshop (BS). Lately saya suka sangat shopping perfume and toiletries kat BS. Tak tahu kenapa, mungkin dah jumpa yang betul-betul sesuai dengan saya kot. :P

Then yang penting saya sangat puas hati... semalam 'berjoli' dengan my sis and BFF- Atie. Layan shopping sampai melecet kaki...

Kenapa suka sangan buat sale hujung-hujung tahun erk??? Suka tau!!!HAHAHAHA...

menggeletis sungguh!!! :P



~NONO & HER STORY~

HANYA SATU


Kita selalu impikan yang sempurna untuk diri kita... kadang-kadang kita lupa bahawa semua yang berlaku adalah ketentuan dan semestinya ada hikmah disebalik semua tu.

Walaupun kita merungut, dan pernah suatu ketika kita cuba lari namun mampukah kita???

Biarpun terlalu lama dan banyak dugaan nya, saya akan tetap menanti dan terus menanti. Kerana hanya satu, untuk selamanya.

p/s : entri adalah sedikit sentimentel...mood yang swing swang!!!


~NONO & HER STORY~

Tuesday, December 21, 2010

CUBA-CUBA

Dulu... zaman sekolah menengah, selalu sangat tengok kawan-kawan kena tackle.. syok sebab nampak sweet je... tapi saya??? hanya mampu senyum dan duduk diam-diam kat belakang class. hahaha... memang tak kan dipandang la kan. :P

Dan tak pernah merasa untuk di tackle pun.. sedih kan :( huhuhu. Sampai lah saya sambung belajar kat KL. I know LOVE walaupun tak telus, tapi pengalaman tu dah cukup buat saya rasa perit yang amat!!! - ok dah!! tak nak ingat dia lagi :(

Then yang sebenarnya saya masih lagi tak percaya yang saya telah cuba untuk di'tackle'. hahahaha... mesti takde siapa pun nak percaya kan??? betul..serious saya tak tipu. Budak tu siap bagi no hp dia, then till now masih lagi sms saya walaupun kadang-kadang saya tak reply msg dia.

Dah hampir sebulan dia mencuba nasib...tapi saya??? masih lagi camni... NO RESPON!!! hehehe..

Jahat ehhh saya!! :P


~NONO & HER STORY~

SELALU SANGAT TAK PUAS

Pernah tak kadang-kadang kita rasa serba tak kena... semua yang kita buat asyik ada je yang tak puas hati...entah la, kadang-kadang susah untuk puaskan hati semua pihak. Walaupun kita tak kacau dia, tapi still tak puas hati dengan kita. :(

Saya bukan beli atau mintak apa-apa dengan dia... tak pernah -never. Tapi kenapa masih nak sakitkan hati saya??? Konon-konon yang saya 'dapat' ni dah tak up to date... ada lagi yang very the lates!!! - ada saya kisah??? saya bukan 'dapat' kan ia untuk menunjuk-nunjuk... tapi saya memang nak guna.

Maaf lah kalau saya pernah buat awak tak puas hati, tapi seingat saya... tak pernah pun saya menunjuk-nunjuk... dan saya hanya bercerita bila ditanya. Salah ke???

Best juga time sedih-sedih camni... layan muka masham budak 'demok' nie... baru bangun tidur, then ada orang kacau... muka memang tak puas hati. hahahahaha... Pipi tu dah macam cup cake tau sayang!!! :P





~NONO & HER STORY~

Tuesday, December 14, 2010

CUTILAH SANGAT!!!

Alang-alang bercuti, saya habiskan cuti CTR yang tergantung ... hehehe. Nama pun tak boleh carried forward so baik saya gunakan sepenuhnya kan. :)

So, alang-alang attend wedding, terus feeling bercuti kan... janji syok dan hati tenang. The day before wedding Zyra tu, saya stay kat Nikko Hotel... Sebab senang nak merewang kan...:))


Mirror dia besar gedabak...bulu hidung pun boleh nampak ni.:)


see... budak cumel depan cermin tengah berangan. :P


Katil ni lah buat saya jadi pemalas... sanggup skip breakfast, pukul 1 baru makan..:)


Makan MC'D kat sofa ni... dengan dia... dan dia. :)

Nampak tak Epal 2 biji tu... sebab malas nak turun breakfast, saya makan itu je. Memang berbaloi bila badan penat berjalan seharian, then dapat tidur dan rehat dengan tenang. Siap ada massage FREE tu. :)


'ROMANTIC'... :)





~NONO & HER STORY~

AKHIRNYA KAHWIN JUGA

Tiada apa yang terbaru dari saya, tetap seperti biasa... cuma bebanan kerja makin bertambah minggu ini dan minggu sebelumnya. Harap-harap tahun depan akan bawa sinar yang baru... yang lebih cerah untuk saya dan semua. :)

Last week adalah hari bahagia kawan baik saya- " zyra"... wahhh... tahniah sahabat!!! Bertukar status dari 'cik' kepada 'puan'... semoga kehidupan awak lebih bermakna bersama en. suami tersayang :)


KAMI yang mendera si pengantin untuk berdiri...hehehe



3 lagi masih bergelar 'cik' :)



PENGANTIN dan pengantin wanna be yang tak jadi-jadi...hahaha

Episod cinta mereka ni, amatlah panjang... kalau tak silap saya hampir 8 tahun kot. Sejak dari Zyra sekolah menengah sampai lah ke jinjang pelamin. Bahagia tengok mereka berdua ni... Cepat-cepat la dapat baby tau...hehehe


~NONO & HER STORY~

Monday, November 29, 2010

BILA SEMUANYA BUKAN LAGI MILIK KITA

Kadang-kadang kita lupa bahawa tak semua yang kita rancang dengan begitu teliti akan ada silapnya.Dan tak semua yang kita miliki semestinya milik kita...

Andainya bukan milik kita, sekuat mana dan sehebat mana pun kita... masih juga tak dapat nak miliki semua itu.

Tapi jika benar milik kita, pergilah sejauh mana pun... tetap menjadi hak kita.

Percayalah!!!


~NONO & HER STORY~

Monday, November 15, 2010

SENYUM KU BUKAN PAKSAAN, TANGIS KU BUKAN RELA

Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku,
maka perindah pula akhlaqku

Senyum - Perlu dipaksa andai ianya boleh membuatkan orang sekeliling kita bahagia...
Tangis - Elakkan jika itu lebih baik...

Sukar untuk mentafsirkan hati, seandainya kita terpaksa berlakon semata-mata demi sebuah kebahagiaan orang sekeliling yang kita sayangi.
Kadang kala kita perlu menjadi orang lain, malah korbankan sekeping hati kita. Walaupun kita tahu, ianya teramat sakit.
Saya terlalu memendam... 'biarku pendam sebuah duka'... ya, duka itu telah lama dihati saya.

Ya ALLAH, Kau kuatkan lah hati hambaMu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, ujian ini selayaknya untukku kerana Engkau lebih tahu dari segala-galanya.







~NONO & HER STORY~

Sunday, November 14, 2010

APA MAKNANYA???

Saya bingung!!! Dia call saya, bagitau akan berkahwin bulan Disember ini, tapi sebolehnya dia takkan jemput saya. Dengan alasan, tak nak rosakkan hari bermakna mereka. Atau mungkin juga akan buat saya dan dia sedih.

Saya jadi keliru dengan dia... Seharusnya dia telah melupakan segalanya setelah buat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan insan yang selebihnya layak dari saya. Tapi kenapa perlu timbul isu ini???

~Rosakkan hari bermakna mereka~ Siapa yang akan rosakkan??? saya atau diri dia sendiri???
~Akan buat saya dan dia sedih~ Kenapa saya perlu sedih??? walaupun saya pernah menyayangi dia, itu tidak bermakna saya takkan melupakan dia. Dan dia juga seharusnya membuang terus perasaan itu, kenapa perlu sedih sekiranya ianya adalah pilihanmu. Carilah bahagia dalam kehidupan baru...

Tapi saya takkan berkecil hati, kerana saya sentiasa akan terus mendoakan yang terbaik buat semua. Semoga kehidupan baru dia akan lebih bermakna... Carilah kemanisan dalam bahagia.


~NONO & HER STORY~

Monday, November 8, 2010

NONO IN NOVEMBER


Cehhh... November la sangat kan... walaupun dah masuk 7 hari, tapi baru nak terhegeh-hegeh up date untuk November... hehehe.

Actually saya attend course kat penang 29- 31 Okt lepas. Nak kata best tu, ok lah juga sebab in the same time dapat jumpa dengan kawan lame...-EJA. Really miss her soo much... almost 3 years tak jumpa dia, memang banyak yang dah berubah, dulu dia tak pernah suka dan tak pernah pakai handbag, but now dah pandai melaram... hehehe. Then sekarang gak, dah lost weight... jeles tau tengok EJA ni!!! :(

Stay kat penang for 3 days, agak penat dengan aktiviti course yang pack-sampai ke malam okey... huhuhu.
Keadaan bilik okey laa, walaupun hotel xde la baru sangat... -NAZA TALLYA HOTEL.
















~NONO & HER STORY~

BUDAK TECIK YANG BAMBAM

Ingat tak dengan budak tecik nie... Now sungguh tembam (bambam)... semangat!!! Makin gedik okeh, pastu dah pandai nak memilih... tak suka makan makanan lembik-lembik... demand tau.

Pipi dah lanjut...kalau jumpa, saya suka gomol-gomol...nak nyoyot pipi dia ni.. geram!!!
NUR AIN NAJIHAH
Opppsss... bukan anugerah terindah saya tau... budak tecik nie anak buah saya. :)













~NONO & HER STORY~




Wednesday, October 20, 2010

TERASA SUSAHNYA

Terasa perit sangat nak meluah, apa lagi nak menanggung... kadang-kadang hidup ini penuh dengan cabaran yang kita sendiri tak sangka akan ada. Dan pernah suatu ketika saya putus asa.

Sebagai insan, kita sentiasa meminta-minta pada Dia... as a God..kan??? Dan pernah tak setelah berkali-kali dan terlalu lama kita meminta pada Dia, tapi masih tidak dikabulkan... so kita pun mula menyoal... kenapa Dia tak memperkenankan permintaan kita... apa salah kita... dan berbagai-bagai pertanyaan lagi.

Dan ada juga, setelah kita meminta pada Dia... Dia kabulkan... tetapi setelah kita dapat apa yang kita minta... berbagai masalah lain pula yang timbul...

Itulah yang dikatakan ketentuan... kita meminta pada Dia... dan kita perlu yakin andainya Dia masih mengurniakan permintaan kita, bermakna ada sesuatu yang kita sendiri tidak tahu... tetapi Dia telah aturkan bagi kehidupan kita. Sebagai hamba, kita perlu tabah... redha... dan mencuba. Selalulah berdoa pada Dia, kerana itu akan mendekatkan lagi kita pada Nya.

Saya menulis kisah ini bukan kerana untuk menyedarkan orang lain... tetapi diri saya sendiri. Dan saya tetap bersyukur pada Nya di atas semua nikmat yang saya kecapi sekarang. Walaupun Dia masih tidak mengurniakan anugerah terindahl pada saya... saya masih lagi meminta... dan terus meminta. :)

Kerana saya tahu, Dia aturkan semua ini kerana bersebab...



~NONO & HER STORY~

Tuesday, October 5, 2010

SEKADAR SEKETIKA

Ahad-3 oktober 2010

Ayah kepada mama - atuk saya - telah kembali ke rahmatullah. Semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Dan pada hari yang sama juga office saya buat jamuan hari raya... sungguh penat bercampur 'kalut'. fuhhh!!!

Dan hari ni, saya masih lagi terasa penatnya... nanti ada masa esok, saya up date gambar makan-makan yer. Now dah nak balik rumah... saya nak baring... dah tebayang-bayang katil dan bantal pelok saya...hehehe.


~NONO & HER STORY~

Wednesday, September 29, 2010

HARI INI

Hari ni masuk office macam biasa, tp balik petang nanti mesti luar biasa... Mama tak ada kat rumah. Attend mesyuarat kat Penang 2 hari. Jumaat baru dia balik...Mimi tidur sorang-sorang la malam ni. hehehe

Dan saya masih lagi macam ni... menjalani hidup yang biasa-biasa. Dah tak ada gangguan dari 'awak' lagi.Alhamdulillah...:)

Cuma masih sunyi...


~NONO & HER STORY~

Tuesday, September 28, 2010

MACAM-MACAM

Lama saya menyepi, bukan kerana merajuk... tapi terlalu banyak dugaan yang saya terima dari DIA. Namun sebagai hambanya, saya perlu redha... dan saya masih lagi kuat untuk tempuhi semua ini.

Bermula raya ke-3 mama decide nak buat open house. Tapi just simple yang mungkin, sebab saya perlukan rehat yang cukup, dan ready for operation.

Then, raya ke-4, saya admit untuk minor operation... tapi terpaksa dibatalkan last minute. Kerana blood preasure saya tak stabil. Dan Pakar Bius tak nak ambil risiko, so kerana sebab tu, operation saya dibatalkan.. huhuhu.Dan saya juga dapat MC untuk seminggu... :)

This week baru start kerja, tapi memang kacau bilau... terlalu banyak yang perlu dibuat, tambah pula En. Bos nak buat Jamuan Hari Raya Office, so lagilah bertambah bebanan kami... sakit kepala la nak fikir,catering banyak yang full. haissshhhhh..:(

Dan pasal "baby" tu, saya masih lagi mencari... setiap kali tengok NI saya pasti mengalirkan airmata..... :(

"mummy miss u DHIA INSYIRAH"

~NONO & HER STORY~

Wednesday, September 8, 2010

SEMANGAT ITU PASTI DATANG

Dah tak sampai 2 hari nak Raya kan, tapi semangat tu masih belum terasa. Persiapan memanglah ada, tapi hanya ala kadar... setakat termampu je.

Cukup lah dapat belikan untuk Mimi baju kurung 3 pasang, Sandals 1, Pashmina 2. Dan untuk Fuad baju melayu 1, T- shirt 2, jeans 2. Untuk Mama pula saya tak belikan apa-apa. Bukan tak nak beli, tapi mama tak nak. Katanya dah ada. Bila saya nak beli kain, katanya dah takde orang nak ambil tempahan. Then bila nak beli yang ready made, Mama cakap tak selesa nak pakai. Alahaiii... Dan untuk rumah, hanya tukar langsir. Design yang 'sesimple' mungkin. Kalau ada rezeki lebih, tahun depan boleh up lagi kan. :)

Untuk saya??? Cukup lah dengan jubah sehelai dan sepasang baju kurung merah jambu. :) Bukan tak nak beraya, tapi saya warded raya ke 4. So mood untuk raya tu biasa-biasa je. Lagipun saya kena belajar budget sekarang, nanti dah dapat 'baby' mesti banyak nak kena beli. hihihi... :P



~NONO & HER STORY~

DIAM BILA KECEWA

Tak tahu apa nak diluah, apa nak di nyatakan... tapi yang pasti saya kecewa. Namun masih terus berusaha.

Hampir 3 hari tak menulis, jiwa rasa kosong. Setiap hari saya bermohon pada DIA agar dipermudahkan segalanya. Walaupun saya pasrah, tapi saya masih tidak boleh untuk menipu diri yang saya masih bersedih.

Kalau lah ada sesiapa yang kenal atau tahu mengenai 'baby' yang hendak dijadikan anak angkat, tolonglah hubungi saya. Naluri saya semakin RINDU... teramat RINDU. :(

p/s : Saya dah siapkan nama dia... Dhia Insyirah... Sinaran Kegembiraan / Danish Irfan ... Bijak Berpengetahuan.

~NONO & HER STORY~

Sunday, September 5, 2010

REDHA DALAM PASRAH

Hari ini, saya pasti dan mula redha yang 'baby' itu bukan milik saya. Dan tersimpan hikmah disebalik semua ini. Mungkin bukan jodoh kami... Tak apa lah, saya pasrah dan redha.

Insyallah ada rezeki lain yang dijanjikan oleh Nya. Sehingga kini saya masih lagi berusaha dan terus berusaha. Cuma harapan saya, mudah-mudahan tahun ini saya dapat menjadi seorang IBU.

Sesungguhnya saya telah bersedia dari semua segi. Insyallah... Saya rindukan tangisan dia... saya rindukan rengekan dia... saya rindukan ciptaan terindah Mu ini.

Ya Allah... engkau permudahkan lah hamba mu ini.



~NONO & HER STORY~

Thursday, September 2, 2010

PRAY FOR ME PLEASE

Semalam saya sibuk bercerita pasal 'new baby' kan. But today masuk office, jumpa dengan akak tu, then dia bagitau yang nenek kepada baby tu tak nak bagi pula. Betul parah kali ni...

Rasa nak meraung pun ada juga, bukan setakat nak nangis je!!! Sedih sangat... Sampai hati buat saya macam ni kan. :(

Semalam lepas berbuka, bukan main nervous saya nak bersuara bagitau family pasal baby tu. Btw mama dah tahu awal-awal lagi sebab time otw balik kerumah saya dah siap-siap bagitau mama. Alhamdulillah dah dapat persetujuan semua. Happy sangat... Dah siap berangan nak buat kenduri raya haji nanti. But bila tahu macam ni pula, frust sangat!!!

Tolong doakan saya yer kawan-kawan... semoga dipermudahkan urusan semuanya. Andai ada jodoh saya dengan 'baby' tu, insyallah dia akan bersama saya. Tapi jika sebaliknya, saya redha. Mungkin bukan rezeki saya kali ini.

p/s : td sempat saya tanya akak tu, dia cakap dah scan... 'baby boy'. Ya Allah... kau permudahkan lah urusan hamba mu ini. :(


~NONO & HER STORY~

Wednesday, September 1, 2010

WISH ME LUCK PLEASE

Happy day my friends...

Today saya happy sangat... yang amat sangat!!! Know why??? urmmm.. :P

Insyallah next month saya akan jadi "mummy" OMG. Seronoknya!!! Tapi masih diperingkat perbincangan, belum dapat kata putus dari mama lagi. But hopefully mama tak kisah. Sebab saya suka sangat dengan 'baby'.

Wish me luck... Nanti kalau betul ada rezeki saya, next month saya tayang my cute baby kat blog ni.


~NONO & HER STORY~

Monday, August 30, 2010

WALK ALONE

Sometime i ask myself, 'are you afraid to walk alone?'... Then i dont have a answer.

But now i already got the answer... Know what??? ' i'm never afraid to walk alone and be alone. Because i know, that i'm not alone...' Seriously saya dah tak takut sekarang, totaly tak tahu dari mana datang nya 'kekuatan' itu. Alhamdulillah... :)

Mungkin kerana dah terlalu banyak dugaan yang saya hadapi, dan semua itu mematangkan dan menguatkan saya. Btw, alang-alang saya dah kuat sekarang, ada ke yang nak lawan saya??? jom... hahaha :P


~NONO & HER STORY~

Sunday, August 29, 2010

'BEAUTY'


The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure she carries, or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen from her eyes, because that is the doorway to her heart. The place where love resides.
(get from
here)

Today masuk office settle semua yang tertangguh dulu, then baru tengok blog. Kadang-kadang mood malas melampau sangat, tapi kena bijak atasi sebelum sampai tahap kritikal... hehehe.

So, tadi hati macam terpanggil bila terbaca post Uncle Lee. Yeah, thats right... 'beauty is un-explaining'. Susah kan... huhuhu.

Sometime kita rasa macam dah cukup lawa, tapi sebenarnya kita lupa yang 'kecantikan' tu sebenarnya lahir dalam hati. Bila hati kita tak ikhlas/ tak jujur perbuatan dan air muka kita juga turut sama terjejas. Saya pernah alami situasi ni, hopefully biarlah ianya yang terakhir... Mempunyai kawan yang iri hati terhadap kawan sendiri. Pelik kan???

Kenapa perlu untuk kita dengki antara satu sama lain, sedangkan masing-masing dah ada rezeki sendiri. Sedangkan kita seharusnya gembira di atas kejayaan/ luck kawan kita. Kerana dia adalah kawan kita, bukannya orang lain. huh!

Dan kepada dia yang pernah cuba untuk menjadi backstabber, insaf lah kawan. Saya tak akan berdendam cuma saya akan lebih berjaga-jaga dengan kamu.



~NONO & HER STORY~

Wednesday, August 25, 2010

THIS I PROMISE U

Semalam saya janji nak bagitau hot story kan... Lambat sikit sebab pagi tadi saya malas, then tengahari saya tidur. Now dah refresh... so jom saya story... hehehe. *jujur sungguh kan pengakuan itu. :P

Btw semalam kami (budak-budak ofis) punyalah rancang nak keluar berbuka sama-sama. So decide nak keluar esok (khamis), semua setuju... thats great. *orang single macam saya ni elok keluar ramai-ramai kan..:) But yang lucu nya ada sorang doktor ni (she's master student at my department) tanya saya,

" U pun join ke Nor?"

"Yela doc, saya kan 'single'

"Hah??? U kan dah ada baby?"

"What?????...baby???...mana???"

"Tu..."




Rupanya dia ingat gambar saya dengan 'si tembam' yang saya tampal kat wall sebelah meja saya tu baby saya... hihihi. Sungguh lucu tau. Tapi takpe, saya memang suka baby pun... Hot mama erk??? Tapi tak nak lah 'mama' saya nak 'Ibu'... Sungguh menggetarkan jiwa bila ada suara comel memanggil 'Ibu'.... :P

'Ibu... Ibu... Ibu...' Pangggggggggggg




~NONO & HER STORY~

Tuesday, August 24, 2010

THIS GIRL VERY LAZY

Serius hari ni rasa malas sangat-sangat...

Tak tahu la kenapa, mata layu je. Maybe sebab terlebih tidur kot.huhu... But i got hot story tau!!!

Esok lah saya cerita sebab dah lewat ni, nak balik masak lagi. hihihi...:)


~NONO & HER STORY~

Sunday, August 22, 2010

TAK SANGKA

Saya boring tadi... *walaupun tengah kerja ya.! :)

So sambil tu saya usha blog kawan-kawan, guest what i get??? Sesuatu yang memang terkena kat diri saya sekarang... 'Apa yang perempuan selalu buat selepas clash' waahhhh... hehehe. Tahu kat mana saya jumpe??? --> sepet

Memang betul sepet, kamu memang bijak...hihihi. Untung Qery tau. :P

Tapi yang no 1, 3 dan 4 tu saya memang buat. Cuma no 2 saya x buat. Sebab saya jadi kurang yakin dengan diri. Dan untuk mengembalikan keyakinan tu, mungkin mengambil masa sedikit.

Dulu masa mula-mula saya putus cinta (2006) saya rasa amat kecewa and down with my self. Tahu apa yang saya fikir??? I thought i got a lot of weakness, then thats why he leave me and let me go. Bodoh kan saya time tu... :(

But berbeza dengan sekarang, because now bila saya ditinggalkan saya akan senyum sebab saya tahu saya tak rugi apa-apa. Kerana dia yang akan menyesal melepaskan seseorang yang betul-betul menyayangi dia tanpa jemu then tak mungkin dia akan mendapatkan saya lagi selepas ini. So siapa yang rugi???

Now saya kembali single, ada sesiapa yang mahukan saya??? hihihi... Grab me cepat laa.. :P Tapi saya tak nak sekarang, give me 5 month then January 2011 kita declare yer... hahaha. :)


~NONO & HER STORY~

BIARLAH

Dah terlalu lama kan...


Biarlah, andai itu yang terbaik... Biarkanlah. Malas saya nak fikir sesuatu yang boleh menyemakkan kepala ni. Lagi bagus saya layan blog atau fb. Lagi berfaedah kan.

Btw dia tidak lagi mengganggu saya. Mungkin tuhan telah berikan kesedaran dalam hati dia. Alhamdulillah. :)

Dan saya semakin bahagia dengan kehidupan ini. Bersama keluarga, kawan-kawan dan semua yang ada.

Rupanya masih ramai yang 'care' tentang saya... Terharu sungguh. Thanks teman-teman. Buat Mawar Merah, En Me, Uncle Lee, Sis Dayen, Nemo dan semua kawan, saya amat menghargai kamu. Thanks for your support.


~NONO & HER STORY~

Saturday, August 21, 2010

EHEM...EHEM

Ai malu...malu la...

Nak bagitau ke tak nak erk???

Nak tau ke???

Hehehe... sure siapa yang baca ni nak lempang saya kan??? hihihi... Sabar, puasa kan... :P

Ye la, saya bagi tau. Actually saya kini dalam proses mencuba sesuatu. Dan nampakanya memang mendatangkan hasil dengan usaha dan disiplin yang tinggi. Mula-mula memang merana la juga. Tapi berkat sokongan dari mama, dan sedikit perasaan cemburu terhadap orang yang lawa@cantik ni, saya jadi makin bersemangat. :)

Hampir 3 minggu saya telah mencuba produk dari http://www.oricurly.blogspot.com/

Alhamdulillah, keputusan yang saya dapat amat mengagumkan. :)
Lost 5 kg in 2 weeks. But saya tak ambil nasi langsung la. Just makan roti dan ratah lauk je. Mula-mula memang sengsara, tapi lama-lama saya dah biasa. Buka puasa saya makan kuih, tak pun mee or kuew tiew. Tapi kuantiti memang sikit. Tak sampai pun secawan. Minum air putih banyak-banyak. Time sahur pula minum susu campur oat. Thats all.

Doakan saya ye... Insyallah saya akan teruskan usaha ni sampai hujung tahun. Hopefully next year saya boleh pakai kebaya :P *aauuwww...mati la perasan.

Oppsss... Saya juga guna EUMORA. Sungguh BEST... Tak tipu!!! cubalah. :)


~NONO & HER STORY~

Friday, August 20, 2010

PELIK TAPI BENAR

Tak tahu nak kata apa...


Kadang-kadang rasa give-up pun ada. Susah nak tafsir. Pernah tak kamu rasa macam apa yang saya rasa???

Mungkin sebab puasa kot... *cea...tak pasal-pasal kan. :P

Tak pun mungkin sebab emosi masih gitu-gitu... :(



~NONO & HER STORY~

Thursday, August 19, 2010

HATI

Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,
tetapi dia tidak menitiskan airmata,
itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
Tapi kalau hati itu dah mati,

macam mana???


~NONO & HER STORY~

Wednesday, August 18, 2010

HEBAT

Terasa macam diri ni hebat pula...hihihi. Sungguh tak sopan kan. :P

Semalam saya start masak 6.15 pm. Pung pang pung pang masak 5 menu!!! wah... membangga kan betul tau.:)
Tau apa yang saya masak semalam???

-Sayur campur goreng
-Nasi goreng
-Mee goreng
-Ikan goreng
-Sambal Tempoyak

Macam mana??? Hebat tak saya??? hihihi. Simple yang mungkin sebab ni semua request dari adik-adik saya. So, ikutkan aje. Janji makan kan.

Hari ni pula si bongsu tu awal-awal dah request ayam masak merah. Dan yang tengah tu pula tak kisah. Asal ada makanan, semua dia ok je... Syukur. Takde la saya penat kan. Niat hati just nak buat ayam masak merah then spaggeti je. Insyallah kalau ada lauk yang menarik kat cafe petang nanti saya beli la sikit, sekadar topup apa yang dah ada.

Buat masa sekarang, alhamdulillah tak pernah lagi lauk kat rumah tu terbuang. Semua masih terkawal. Takde lagi pembaziran. Harap-harapnya sampai bila-bila lah camni. :)


~NONO & HER STORY~

Monday, August 16, 2010

SEMALAM

Malas nak buat entri pasal buka puasa, sebab terlalu ramai sangat yang dah buat. So baik tengok blog kawan-kawan je, lagi best kan... hehehe.

Oleh kerana saya masih dalam tempoh 'percubaan' menjadi 'single', so tahap 'kestabilan' agak tak berapa stabil yer...huhu. Semalam dia contact lagi, dan menambah kan kecelaruan saya lagi. :(

Tak suka tau... Dia seolah-olah anggap antara kami masih seperti dulu. Sedangkan dia tahu yang saya dah bagi keputusan dan jawapan. Kadang-kadang saya tak tahan dengan kerenah dia ni, terlalu memaksa saya. Bukan ke 'sayang' tak boleh dipaksa?

Semalam saya ber'sms' dengan dia. Itupun sebab saya tak nak dia terus mengganggu saya lagi. Tahu apa jawapan yang saya dapat???

Saya : Antara saya dan awak, kita dah takde apa-apa hubungan lagi. Tolong jangan ganggu hidup saya lagi.

Dia : Kenapa mama jadi camni? Papa tak pernah putus dengan mama. Papa takkan lepaskan mama sampai papa mati sekalipun. Sebab papa sayang mama lebih dari segala-galanya.

Dan saya??? Terdiam kerana hati saya sudah mati untuk dia.




~NONO & HER STORY~

Sunday, August 15, 2010

KERANA PERTANYAAN ITU

Weekend 2 hari rasa macam tak cukup je bagi orang yang malas seperti saya. Hehehe... Kalau lah cuti saya ada banyak lagi, rasa-rasa nya nak saya sambung cuti untuk 2 hari lagi. Mesti best dapat tidur lam-lama. :P

BTW saya makin selesa dengan kehidupan sekarang, tak perlu nak fikirkan tentang orang lain yang selama ini tak tahu menilai dan menghargai saya. Dah lama tak merasa hidup 'single' kan... Apa pun saya happy. Itu yang penting!!!

Tadi saya termenung sendirian bila salah seorang kawan saya bertanya kan "rasa-rasa nya berapa lama awak berjaya kekal kan status 'single'?" Jika di imbas balik, saya memang cepat memaaf dan mudah kesian. Tapi rasa nya tidak untuk kali ini. Saya nekad untuk teruskan keputusan saya. Dan rasa nya lebih seronok menjadi 'single' seperti ini. :)

Semalam juga dia telah cuba contact saya balik, tapi no respon dari saya... Doakan saya kuat yer. :)


~NONO & HER STORY~

Saturday, August 14, 2010

Saya masih lagi bercuti... So.. Tiada cerita best.. :)


~NONO & HER STORY~

Friday, August 13, 2010

PUASA DAN CUTI

Hari ini saya bercuti.... Jumaat dan Sabtu adalah weekend ya... Uuuhhh..Sungguh indah sebenarnya.:)

Dalam kepala dah ada perancangan nak masak apa, mungkin special sikit hari ni. Kari daging, Ayam Percik, Kerabu taugeh dan dessert Triffle. Kalau rajin saya publish kan gambar ahad nanti ya. :P

Alang-alang cuti, baik saya meronda di PARAM. Dapat beli murtabak ayam... hehehe. Lagi-lagi murtabak ayam kan... Mesti dah boring asyik dengar saya cakap Murtabak Ayam... Murtabak Ayam... huhuhu... Kan puasa... Biasa lah tu. :)


~NONO & HER STORY~

Thursday, August 12, 2010

HARAPAN ITU

Saya masih berpuasa ya... :)

Dan semalam saya masih tidak menjamah nasi. Wooo... sungguh bagus(buat ketika ini lah) hihihi... Semalam menu berbuka yang cukup simple, masak kat rumah. Dalam masa yang sama boleh berjimat :P

Terasa rindu nak menyinggah di PARAM, tapi tengok lah mungkin hari ini atau esok. Itu pun jika berkesempatan. Yang pastinya saya rindukan air kelapa dan murtabak ayam. Tapi macam mana nak pastikan semua tu betul-betul sedap ya???

Puasa... tak boleh nak membebel panjang-panjang. Nanti 'termelalut' ke lain pula. :)



~NONO & HER STORY~

Wednesday, August 11, 2010

DAN.KERANA.ITU.

Banyak sebenarnya, kadang-kadang sampai tak terluah. Mungkin pelik bagi sesetengah pihak yang dari dulu lagi mengenali saya. Namun tak salah kan andai kita berubah demi kebaikan...

Kadang-kadang sesuatu yang kita rasa 'terbaik' buat kita, tak semestinya betul. Ini adalah hakikat. Saya sendiri telah alaminya. Memang pahit dan perit bila kenyataan itu kita terpaksa tempuhi. Menyayangi seseorang yang selama ini kita rasakan 'right person' untuk disayangi. Namun, kita tersilap... Dia sebenarnya bukan untuk kita. Tapi jangan sekali-kali kita putus asa dan menyalahkan takdir. Bagi saya, ianya adalah satu pengalaman yang amat berharga. Orang lain tak mungkin mendapat pengalaman itu, melainkan kita. So, kita adalah insan terpilih yang dipilih oleh tuhan untuk merasainya. Tabah... itulah yang pastinya. :)

Dendam??? ohh tak mungkin. Kerana selagi kita berdendam, selagi itulah hati kita turut menderita. Memaafkan adalah jalan paling baik dan mudah untuk kita tenang. Saya dah merasainya... dan saya yakin, saya telah membuat keputusan yang amat bijak. Kamu bila lagi??? Cubalah... :)

Dan kepada dia yang pernah menyakiti hati saya, terima kasih. Kerana dia lah, saya menjadi semakin kuat dan tabah. Saya tak marah dia lagi, saya juga dah maafkan dia. Tapi untuk kembali seperti dulu, tak mungkin. Kerana saya bukan lagi "MAMA" dia.

Cukuplah bercakap soal hati dan dia. Saya pun dah tak tahu apa nak cerita pasal dia lagi. Terlalu banyak yang perlu saya lupakan sekarang. Sempena ramadhan kali ini, jom kita mulakan kehidupan baru. Doakan saya ya kawan-kawan.



~NONO & HER STORY~

SEKETIKA

Dah 1 ramadhan kita ya... now still gagah lagi, rasa segar lagi... after lunch time ni tak tahu la saya. Tambah pula dengan lagu kat office ni sekarang, Lagu 3 Kupang. Nak kata suka, tak la juga. Tapi terpaksa dengar....hmm..sabar je la ya.

Btw 12.30 pm kejap lagi saya nak keluar, nak ke MYDIN beli barang-barang dapur sikit. Mama pesan Ikan, tepung goreng cempedak, baby oil (double pack) macam-macam lagi la. Siapa nak ikut saya? Jom lah, saya tunggu kat sana ye.:)



~NONO & HER STORY~

Tuesday, August 10, 2010

MASIH MENCUBA

CINTA SEJATI bukan mengajar kita lemah...
tapi membangkitkan kekuatan
CINTA SEJATI bukan mengajar kita menghinakan diri...
tetapi menghembuskan kegagahan
CINTA SEJATI bukan melemahkan...
tapi menguatkan semangat

Saya masih mencuba untuk menjadi seorang yang KUAT... walaupun saya mampu tersenyum dan kini masih ketawa, dalam hati saya terpendam sejuta kekecewaan... sejuta penyesalan.

Saya ingin berubah... demi kebaikan di masa depan... Ya Allah, pandulah saya ke jalan Mu, Redha kan lah saya... berikanlah kekuatan kepada saya menempuh setiap dugaan Mu ini.

SEANDAINYA TUHAN MEMBERIKAN DUGAAN KEPADA MU, BERSYUKUR LAH...
KERANA SESUNGGUH NYA DIA MERINDUKAN SUARA DAN RINTIHAN MU.
MINTALAH PADA TUHAN MU...
SESUNGGUHNYA DIA MAHA MENDENGAR...
SEANDAINYA KAMU MEMINTA DARI TUHAN MU...
INSYALLAH AKAN DITUNAIKAN NYA...


~NONO & HER STORY~

RAMADHAN

Salam ramadhan buat semua....

Cepat masa berlalu kan, rasa nya baru je lepas raya... then dah nak puasa balik. Puasa tahun lepas yang tertinggal pon tak habis ganti lagi. hehehe... nampaknya kena la saya membayar fidyah serta ganti puasa yang berganda. huhuhu... nak buat macam mana kan, dah keadaan yang tak mengizinkan.

Tapi harap-harap nya tahun ini saya dapat berpuasa penuh!!! (wink) huhuhu. Cuma harapan je la kot... nak jadi kenyataan tak la.:)


Suatu hari nanti seseorang akan datang dalam hidupmu dan mencintai mu seperti yang kamu mahukan..sekiranya hari itu ialah semalam,Pelajarinya...sekiranya hari itu ialah esok,harapkannya..sekiranya hari itu ialah hari ini..kamu patut hargainya...


~NONO & HER STORY~

AKHIRNYA...TERJADI JUA

Permulaan tanpa cerita... Namun akhirnya ini adalah kenyataan. Setelah 3 hari berfikir, berkira- kira... ini adalah yang terbaik buat masa sekarang.

Serik??? Tidak sekali-kali... saya akan terus mencuba...dan terus mencuba. Tak salahkan...

Terima Kasih pada KAMU yang tetap dan masih disisi saya sehingga kini. Dah hampir 3 tahun kita berkawan, hampir 2 tahun kita "begini" namun saya cukup bahagia dengan KAMU. Terus lah bersama saya yerr...:)




~NONO & HER STORY~

Wednesday, August 4, 2010

BAK

"Tanpa semangat dari beliau, x mungkin aku berjaya seperti sekarang"


I miss him soo much...really miss him!!! Dulu memang aku nie jenis penakut, then suka mengalah sebelum mencuba. Sikit2 terus nak give up...sampai lah one day Bak cabar aku ambil lesen kereta & motor. Time tu aku buat bodoh je...malas nak ambil peduli, then mama brain wash aku...

Start that day aku jadi bersemangat, memang aku x tahu apa2 mengenai kereta..memang zero...kosong!!! tak kenal ape pun...gear, cluth, pedal minyak...yang aku tahu hanyalah hand brake...hahahaha. Gila kelakar, but what to do..memang aku x minat kan. Tapi kalau motor, aku tau la...dah memang pro pon..:)

So, nak dijadikan cerita...aku belajar la bawa kereta...sampai la aku dapat aku dah betul2 confident. Then test JPJ... alhamdulillah, sekali test je aku lulus motor & kereta... terus Bak macam x percaya... siap jumpa pegawai JPJ tu...hahahaha... kelakar bapak aku nieh...

Now bila terkenangkan balik...i'm really miss him...very2 miss him... kalau lah dia ada lagi sekarang nie, mesti dia tersenyum...bangga..tengok aku leh bawak kapal terbang....hahahaha. *tipu jer tue...:P

I know, walaupun dia xde dah...dia tetap tengok aku n adik2.... dari jauh..... then mesti Bak akan cakap " tak sangka anak pompuan aku yang penakut nie now dah berani".....

BAK...

Along dah kije skang...dah nak masuk 3 tahun. Angah pon dah kije... dah amik motor pon Bak. Adik pulak nak SPM bulan 11 nie... dia cakap kalau boleh nak sambung acconting... nak jadi cikgu. Mama pulak... masih macam dulu... jadi bahan lawak kitorang... suka tau buat lawak yang x sepatutnya lawak... tapi mama sunyi... kesian dia. hmmmm


MOOD : SEDIH..:( jiwa kacau.

~NONO & HER STORY~

Sunday, August 1, 2010

TAHNIAH...BIG CLAP!!!

Bukan nak bangga diri, but just nak share ngan kawan2..hehehe. yolah kan....

Semalam (sabtu) terasa diri amat rajin...tambah pulak kesian ngan budak boyot tue...request Nasi Beriani...i'm never try before....makan tu selalu lah, but nak buat...huhuhu..seram gak. Untuk tidak menghampakan request si boyot tu, maka nya aku bersilat bagai lerr... doa harus lah panjanggggggg...sebelum masuk dapur kan.hahahaha

Pungpangpungpang.....hampir 2 jam bersilat, maka terhasil lah..." NASI BERIANI" xde gam...hehehehe

Nie aku yang punyerrr....:)


Nasi Beriani lupa nak letak kaler oren sikit..hehehe..1st time buat kan..haruslah ada cacat cela nya..but komen fromsi buyut, "sedap long...supo kat mamak".. wahhh besar lobang idung aku!! :P

Kari Ayam + Bendi + Terung .... nie pon licin, dah macam makan dalam banjir...kuah selambok!!!

Itu sahaja, sekian dari saya... Chef NONO...hahahahaha *pangggggg sebijik!!!



~NONO & HER STORY~

MAKAN LAGI DAAAA...

Gila rajin minggu nie, hari2 masak...hahahaha. Maybe time nie mambang Rajin dah datang kot...tue yang terlebih rajin...layan je la....untuk breakfast pagi tadi...mak cik rajin woooo....:)

Nasi Lemak Rajin..:P


Hehehehe...pasni sape2 yang nak tempah leh la col cepat....promosi untuk tahun depan..ahaks!!!


~NONO & HER STORY~

CUBA DULU...BARU NANGES!

Peeerrgghhh...tengok tajuk macam pelik jer kan...bukan cuba apa pun, nie haaa...resepi baru percubaan aku..chewahhh... serius, korang cuba dulu, then pastu sure nangis non- stop... hahahaha.

SUP IKAN SIAKAP

Biasa lah, time cuti weekend baru boleh nak bersilat yang kaw-kaw sikit...kalau hari2 biasa maunya aku cincai2 je masak..asal x mentah udah ler..but bila cuti camni, harus lah special sikit. Request from aku sendiri, sebab dah lama teringin. So, maka nya jadi ler sup nie...makan time panas2...tambah pulak ada telur dadar...perghh..memang layan!!


Nak resepi ker??? alaa....malu leeee...layan gambar pon okey kan?kan?..hihihi :P


~NONO & HER STORY~

LUNCH TIME-NASI ULAM

Story minggu lepas punya...tapi nak update gak...kira halal la yer..hihi. Asal ader gambar, semangat nak update tu jadi berkobar-kobar...(tapi bila time malas, gambar pat belas keping pon malas gak!)..huhu

Last week, hari rabu...dengan semangat tak breakfast...sanggup minum jer, semata-mata nak bedal lunch yang agak merundum nafsu...hahahaha.*gila poyo...:P

Nasi ulam Cikgu - Pengkalan Chepa.
Menu : Ulam (wajib), Budu, Sambal belacan, Ayam goreng, Ikan singgang, Ikan keli percik (nie aku tak sentuh langsung), Asam pedas ikan patin, Sayur lemak kubis, Ikan panggang (ikan tawa)



Model Nasi Ulam...hehehe





~NONO & HER STORY~

SUPRISE BIRTHDAY FOR RATU HATI KU

Update yang tergendala yerrr....Suprise party for MAMA.... Siap nangis lagi tau.... huwahuwahuwa..:)

Birthday cake yang last minute...asal ada jer..dah lewat sangat time tu. :P


Birthday girl yang agak monyok that day sebab dia ingat kitorang dah lupakan birthday dia..:P


Simple preparation party....:)


Roti jala order from our catering..:P


Kari ayam superrbbb sponsor from my lovely jiran yang baikkkk sanagt...TQ Cik Anna :)


Tembikai ~last choice from Mydin~..hahaha


Bihun marvelessss sponsor from Cik Jae....TQ a lot..:)


Party adalah happening...suprise memang menjadi...mama pon tersenyum je pastu...then the next day, siap msg aku kat FB...

"Nor, tkasih krn buat kejutan ko mama semalam... Pandai doh loni buat kejut ko orghe.... Apa2 pun tkasih banyak..."

xle blaaaa...mak sape la tue..:P



~NONO & HER STORY~

TERTIPU @ DITIPU???

Kadang-kadang penat bila terpaksa menjadi "orang lain" untuk menjaga hati orang lain... Sakit hati bila kenangkan apa yang dah berlaku...memang sakit sangat-sangat.

Persahabatan seakrab mana pun masih perlukan batasan...walaupun tiada rahsia antara kita, namun perlukah "pengkhianatan" itu terjadi???

Entri kali ini terlalu tersirat...andai bisa ku undurkan waktu, aku menyesal mengenali mu... Buat insan yang bernama SAHABAT...terima kasih sahabat kerana engkau telah menggadaikan sebuah ikatan yang bernama "PERSAHABATAN". Berbahagialah engkau dengan keputusan itu.


~NONO & HER STORY~

Wednesday, July 28, 2010

SERBA SALAH

Susah jugak kadang nie, nak luah or nak bagitau je...masalah nya kalau bgtau x suprise la....

TARGET : anak2 mama semua bertuah...besday mama xde sape pon yg wish.
FUAD : owhhh...besday mama ke ari nie?(kurang asam kan)
TARGET : yelah...xpo...biarlah. (majuk la konon tu)

Dia x tau sebenarnya kita orang dah plan cantekkkkkkkk punya suprise untuk dia. Mama tunggu je malam nie okeyyyy....jangan nanges sudah.hehehe

*gambar upload esok yerrr....kita tengok suprise malam nie.hehehe


~NONO & HER STORY~

BIRTHDAY MAMA

HAPPY BIRTHDAY MAMA

Wish u happy always...dimurahkan rezeki...diberi kesihatan yang berpanjangan...

WE OLLS MISS U...LOVE U...ALWAYS.




~NONO & HER STORY~

Tuesday, July 27, 2010

MACAM2 ADA

A lot of thing nak citer sebenarnya...x tau ler sempat ke idok aku nk mengabiskan nya...yang penting citer dulu, x sempat, nanti kita cover lain pulok...hehehe.

STORY 1

Semalam around 10 pm mama ajak g kecemasan USM, katenya bestfriend dia masuk wad. Aku ngan fuad beriya la teman, punya la ramai umat kat sane...sampaikan guard siap suruh keluar separuh, yela...yang sakit sorang, tapi yang dok sibuk sampai pat belas orang okeh!!!huhuhu..biase la kan...then dalam pukul 11 lebih baru gerak balik umah. Punya la penat time tu, sampai terbabas isyak...huhuhu.


STORY 2

Pagi tadi pulak, siap2 nak g keja...mama bagitau kawan dia yang semalam tue nak makan "nasi tumpang" (actually hanya kat kelate je ada nasi tumpang nie, macam nasi impit...but siap ader lauk bagai dalam tu..udang,serunding..kadang2 ada yang letak telur) pastu call emiy...ask her to buy...sebab kat area umah dia ada jual. Sampai opis, terus g hantar "nasi tumpang" tu kat wad...niat hati nak puasa, but letih dok berjalan pagi2 lagi...so aku batalkan niat.hehehe..


STORY 3

Sebenarnya aku sakitttt HATI...ishhhh geram sangat ngan BODY SHOP nieh...buat sale time gini...dah la this month budget agak ciput...dorang pulak buat SALE...who can help me???give as a PRESENT ke....or just saja2 nak belikan...hahahahaha.*gila kejam!!! i admire Strawberry Bath & Shower Gel (set)

Demand gila okeyyyyy.....but kira xde la mahal sangat kan.....to MOHANA, i know u read this... so u get new job right???then...when u get 1st salary buy this for me laa...hahahahaha. *PSY POMPUAN NIE!!!

Hmmmm...penat laa bebel camni, apakata sambung esok je...hahahahaha.



~NONO & HER STORY~

Monday, July 26, 2010

WONDERFULL DAY

Dari semalam lagi dok pikir nak update...but asal tengok blog terus xde feel...huh!!! complicated kan.Since dah beberape hari x update nie, a lot of story...but now still tgh pikir, nak citer ape mula2 nieh...hehehe.

But yang paling aku xleh nak lupa when one of my friends celebrated my birthday with his way....i think he's really romantic guy laa...let me story this erk. But sorry to say xde photo of us, bcoz aku kena jaga hati banyak pihak...

Aku xde la jangka yang dia nk wat lovely sweet suprise party for me. Walaupon kecil2, only 2 of us..aku dah hepi sangat2 pon.He called me on that evening around 5 pm then suruh aku g Concorde Hotel. Time tue aku dah ting tong..." wut the h*** laa..nak aku g sane plak" but in the same time aku follow jerr...malas nak cakap banyak.huh!!

Then sampai je kat lobby tue, dia g amik aku...wowww..feel like princess u know.hahahahaha.. *sengal.Dia bawa aku dok kat one of place in bar, sebelah pokok...with romantic lighting...owhhh..aku rasa xnak balik jerr...syook gler dok ctu...hahahaha. Then wish happy birthday to me...time tu memang nak cair but i must kuat...heyyyy...he's already someone okeyyyy!!!and me??? also someone kan...hehehehe.

That time so happy, had a lot of fun...sembang2 sambil minum2. enjoy the romantic music from live band kat situ....sampai aku lupa yang aku dah janji ngan someone lagi on that night...hahahahaha.seriously aku lewat hampir sejam...owhh...soryy my dear, terpaksa tunggu kat dalam keta lame2...hihihi.

For me, friends like gold....i'm really appreciate them. Love them soo much...



~NONO & HER STORY~

Tuesday, July 20, 2010

MY SWEET DAY~MY BIRTHDAY~

Actually time di publish kan nie, aku dah xde kat KB...i'm fly....FLY....fly...hehehe...i'm in KL already...(insyallah).

Today was my birthday, happy???mestilah kan...birthday setahun sekali,but unluckly aku tak dapat nak sambut dgn dia...DIA...Dia...:(

But i know, he's really care me. hmmm...biase lah...bila menumpang kasih...kena mengalah, and perlu faham situasi.Dulu pernah gak rasa.."nape aku pilih dia"...but now, aku dah faham...perasaan tu xleh nak pakse...dia datang dgn sendiri...bukan aku mintak...bukan dia mintak. EEhh...dah kemane aku melalut nie kan...dah out of topics nie...huhuhu.tetiba nak emo..hehe.

So, for my 24th birthday...aku harap semoga aku jadi lebihhhhhh matang.lebihhhh berani, lebihhh lawa....hehehehe, dan kuranggggg bertambah LEMAK!!! penting okeh!!!hehehe

Ape lagi erk???tggu la aku pikir dulu, bila dah dapat tahu ape yang aku wish, aku publish yerrr...hehehe.

Good Day's ...... HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!






~NONO & HER STORY~

Sunday, July 18, 2010

GERAM AKU!!!

Haiiishhhh!!!!

Disaat ini....waktu ini...rinduuuuuu sangat kat budak pipi boolat nie. Nak je gomol2....ngehngeh.:)



See, mate bulat...berkilat...bulu mate xpayah pakai mascara youu!!!hehehe...ishhh...geram nyeeeee..:(


Nie time hidung kembang...ko kencing yer dik???best je ko feeling kan...hahahaha

~NUR AIN NAJIHAH~
MISS U SOO MUCH!!!



~NONO & HER STORY~

MASAK TEMPOYAK UDANG!!!

Disebabkan tahap kerajinan adalah lebih sikit pada hari2 biase...meh aku share ngan korang erk...resepi asli dari mak kawn aku...hehehe

MASAK TEMPOYAK UDANG

Kasi cloose up sikit....bagi korang terliur...hehehe


Tumbuk cili api....bagi lumat2...make sure biji tue ancur tau!!! if korang malas, blend pon okeh..but rasa nya mcm kurenggg la sikit.


Then masukkan tempoyak....tumbuk kasi lumat lagi....:)


Masukkan dalam periuk...campur air sikit...terpulang la kat korang if nak pekat, letak air sikit je...if nk cair, letak air lebih sikit..:P



Biar mendidih jap, then masukkan daun kesom, asam gelugor, garam, serbuk perasa....


Lastly masukkan UDANG.....biar dia masak...then siappppp!!!:)




Jom try....memang sodap wa ckp lu...pedas, masam..meletup laaaa...hehehehe


~NONO & HER STORY~

NUFFNANG