Wednesday, October 20, 2010

TERASA SUSAHNYA

Terasa perit sangat nak meluah, apa lagi nak menanggung... kadang-kadang hidup ini penuh dengan cabaran yang kita sendiri tak sangka akan ada. Dan pernah suatu ketika saya putus asa.

Sebagai insan, kita sentiasa meminta-minta pada Dia... as a God..kan??? Dan pernah tak setelah berkali-kali dan terlalu lama kita meminta pada Dia, tapi masih tidak dikabulkan... so kita pun mula menyoal... kenapa Dia tak memperkenankan permintaan kita... apa salah kita... dan berbagai-bagai pertanyaan lagi.

Dan ada juga, setelah kita meminta pada Dia... Dia kabulkan... tetapi setelah kita dapat apa yang kita minta... berbagai masalah lain pula yang timbul...

Itulah yang dikatakan ketentuan... kita meminta pada Dia... dan kita perlu yakin andainya Dia masih mengurniakan permintaan kita, bermakna ada sesuatu yang kita sendiri tidak tahu... tetapi Dia telah aturkan bagi kehidupan kita. Sebagai hamba, kita perlu tabah... redha... dan mencuba. Selalulah berdoa pada Dia, kerana itu akan mendekatkan lagi kita pada Nya.

Saya menulis kisah ini bukan kerana untuk menyedarkan orang lain... tetapi diri saya sendiri. Dan saya tetap bersyukur pada Nya di atas semua nikmat yang saya kecapi sekarang. Walaupun Dia masih tidak mengurniakan anugerah terindahl pada saya... saya masih lagi meminta... dan terus meminta. :)

Kerana saya tahu, Dia aturkan semua ini kerana bersebab...



~NONO & HER STORY~

No comments:

NUFFNANG