Wednesday, September 29, 2010

HARI INI

Hari ni masuk office macam biasa, tp balik petang nanti mesti luar biasa... Mama tak ada kat rumah. Attend mesyuarat kat Penang 2 hari. Jumaat baru dia balik...Mimi tidur sorang-sorang la malam ni. hehehe

Dan saya masih lagi macam ni... menjalani hidup yang biasa-biasa. Dah tak ada gangguan dari 'awak' lagi.Alhamdulillah...:)

Cuma masih sunyi...


~NONO & HER STORY~

Tuesday, September 28, 2010

MACAM-MACAM

Lama saya menyepi, bukan kerana merajuk... tapi terlalu banyak dugaan yang saya terima dari DIA. Namun sebagai hambanya, saya perlu redha... dan saya masih lagi kuat untuk tempuhi semua ini.

Bermula raya ke-3 mama decide nak buat open house. Tapi just simple yang mungkin, sebab saya perlukan rehat yang cukup, dan ready for operation.

Then, raya ke-4, saya admit untuk minor operation... tapi terpaksa dibatalkan last minute. Kerana blood preasure saya tak stabil. Dan Pakar Bius tak nak ambil risiko, so kerana sebab tu, operation saya dibatalkan.. huhuhu.Dan saya juga dapat MC untuk seminggu... :)

This week baru start kerja, tapi memang kacau bilau... terlalu banyak yang perlu dibuat, tambah pula En. Bos nak buat Jamuan Hari Raya Office, so lagilah bertambah bebanan kami... sakit kepala la nak fikir,catering banyak yang full. haissshhhhh..:(

Dan pasal "baby" tu, saya masih lagi mencari... setiap kali tengok NI saya pasti mengalirkan airmata..... :(

"mummy miss u DHIA INSYIRAH"

~NONO & HER STORY~

Wednesday, September 8, 2010

SEMANGAT ITU PASTI DATANG

Dah tak sampai 2 hari nak Raya kan, tapi semangat tu masih belum terasa. Persiapan memanglah ada, tapi hanya ala kadar... setakat termampu je.

Cukup lah dapat belikan untuk Mimi baju kurung 3 pasang, Sandals 1, Pashmina 2. Dan untuk Fuad baju melayu 1, T- shirt 2, jeans 2. Untuk Mama pula saya tak belikan apa-apa. Bukan tak nak beli, tapi mama tak nak. Katanya dah ada. Bila saya nak beli kain, katanya dah takde orang nak ambil tempahan. Then bila nak beli yang ready made, Mama cakap tak selesa nak pakai. Alahaiii... Dan untuk rumah, hanya tukar langsir. Design yang 'sesimple' mungkin. Kalau ada rezeki lebih, tahun depan boleh up lagi kan. :)

Untuk saya??? Cukup lah dengan jubah sehelai dan sepasang baju kurung merah jambu. :) Bukan tak nak beraya, tapi saya warded raya ke 4. So mood untuk raya tu biasa-biasa je. Lagipun saya kena belajar budget sekarang, nanti dah dapat 'baby' mesti banyak nak kena beli. hihihi... :P



~NONO & HER STORY~

DIAM BILA KECEWA

Tak tahu apa nak diluah, apa nak di nyatakan... tapi yang pasti saya kecewa. Namun masih terus berusaha.

Hampir 3 hari tak menulis, jiwa rasa kosong. Setiap hari saya bermohon pada DIA agar dipermudahkan segalanya. Walaupun saya pasrah, tapi saya masih tidak boleh untuk menipu diri yang saya masih bersedih.

Kalau lah ada sesiapa yang kenal atau tahu mengenai 'baby' yang hendak dijadikan anak angkat, tolonglah hubungi saya. Naluri saya semakin RINDU... teramat RINDU. :(

p/s : Saya dah siapkan nama dia... Dhia Insyirah... Sinaran Kegembiraan / Danish Irfan ... Bijak Berpengetahuan.

~NONO & HER STORY~

Sunday, September 5, 2010

REDHA DALAM PASRAH

Hari ini, saya pasti dan mula redha yang 'baby' itu bukan milik saya. Dan tersimpan hikmah disebalik semua ini. Mungkin bukan jodoh kami... Tak apa lah, saya pasrah dan redha.

Insyallah ada rezeki lain yang dijanjikan oleh Nya. Sehingga kini saya masih lagi berusaha dan terus berusaha. Cuma harapan saya, mudah-mudahan tahun ini saya dapat menjadi seorang IBU.

Sesungguhnya saya telah bersedia dari semua segi. Insyallah... Saya rindukan tangisan dia... saya rindukan rengekan dia... saya rindukan ciptaan terindah Mu ini.

Ya Allah... engkau permudahkan lah hamba mu ini.



~NONO & HER STORY~

Thursday, September 2, 2010

PRAY FOR ME PLEASE

Semalam saya sibuk bercerita pasal 'new baby' kan. But today masuk office, jumpa dengan akak tu, then dia bagitau yang nenek kepada baby tu tak nak bagi pula. Betul parah kali ni...

Rasa nak meraung pun ada juga, bukan setakat nak nangis je!!! Sedih sangat... Sampai hati buat saya macam ni kan. :(

Semalam lepas berbuka, bukan main nervous saya nak bersuara bagitau family pasal baby tu. Btw mama dah tahu awal-awal lagi sebab time otw balik kerumah saya dah siap-siap bagitau mama. Alhamdulillah dah dapat persetujuan semua. Happy sangat... Dah siap berangan nak buat kenduri raya haji nanti. But bila tahu macam ni pula, frust sangat!!!

Tolong doakan saya yer kawan-kawan... semoga dipermudahkan urusan semuanya. Andai ada jodoh saya dengan 'baby' tu, insyallah dia akan bersama saya. Tapi jika sebaliknya, saya redha. Mungkin bukan rezeki saya kali ini.

p/s : td sempat saya tanya akak tu, dia cakap dah scan... 'baby boy'. Ya Allah... kau permudahkan lah urusan hamba mu ini. :(


~NONO & HER STORY~

Wednesday, September 1, 2010

WISH ME LUCK PLEASE

Happy day my friends...

Today saya happy sangat... yang amat sangat!!! Know why??? urmmm.. :P

Insyallah next month saya akan jadi "mummy" OMG. Seronoknya!!! Tapi masih diperingkat perbincangan, belum dapat kata putus dari mama lagi. But hopefully mama tak kisah. Sebab saya suka sangat dengan 'baby'.

Wish me luck... Nanti kalau betul ada rezeki saya, next month saya tayang my cute baby kat blog ni.


~NONO & HER STORY~

NUFFNANG