Sunday, November 14, 2010

APA MAKNANYA???

Saya bingung!!! Dia call saya, bagitau akan berkahwin bulan Disember ini, tapi sebolehnya dia takkan jemput saya. Dengan alasan, tak nak rosakkan hari bermakna mereka. Atau mungkin juga akan buat saya dan dia sedih.

Saya jadi keliru dengan dia... Seharusnya dia telah melupakan segalanya setelah buat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan insan yang selebihnya layak dari saya. Tapi kenapa perlu timbul isu ini???

~Rosakkan hari bermakna mereka~ Siapa yang akan rosakkan??? saya atau diri dia sendiri???
~Akan buat saya dan dia sedih~ Kenapa saya perlu sedih??? walaupun saya pernah menyayangi dia, itu tidak bermakna saya takkan melupakan dia. Dan dia juga seharusnya membuang terus perasaan itu, kenapa perlu sedih sekiranya ianya adalah pilihanmu. Carilah bahagia dalam kehidupan baru...

Tapi saya takkan berkecil hati, kerana saya sentiasa akan terus mendoakan yang terbaik buat semua. Semoga kehidupan baru dia akan lebih bermakna... Carilah kemanisan dalam bahagia.


~NONO & HER STORY~

No comments:

NUFFNANG