Wednesday, August 11, 2010

DAN.KERANA.ITU.

Banyak sebenarnya, kadang-kadang sampai tak terluah. Mungkin pelik bagi sesetengah pihak yang dari dulu lagi mengenali saya. Namun tak salah kan andai kita berubah demi kebaikan...

Kadang-kadang sesuatu yang kita rasa 'terbaik' buat kita, tak semestinya betul. Ini adalah hakikat. Saya sendiri telah alaminya. Memang pahit dan perit bila kenyataan itu kita terpaksa tempuhi. Menyayangi seseorang yang selama ini kita rasakan 'right person' untuk disayangi. Namun, kita tersilap... Dia sebenarnya bukan untuk kita. Tapi jangan sekali-kali kita putus asa dan menyalahkan takdir. Bagi saya, ianya adalah satu pengalaman yang amat berharga. Orang lain tak mungkin mendapat pengalaman itu, melainkan kita. So, kita adalah insan terpilih yang dipilih oleh tuhan untuk merasainya. Tabah... itulah yang pastinya. :)

Dendam??? ohh tak mungkin. Kerana selagi kita berdendam, selagi itulah hati kita turut menderita. Memaafkan adalah jalan paling baik dan mudah untuk kita tenang. Saya dah merasainya... dan saya yakin, saya telah membuat keputusan yang amat bijak. Kamu bila lagi??? Cubalah... :)

Dan kepada dia yang pernah menyakiti hati saya, terima kasih. Kerana dia lah, saya menjadi semakin kuat dan tabah. Saya tak marah dia lagi, saya juga dah maafkan dia. Tapi untuk kembali seperti dulu, tak mungkin. Kerana saya bukan lagi "MAMA" dia.

Cukuplah bercakap soal hati dan dia. Saya pun dah tak tahu apa nak cerita pasal dia lagi. Terlalu banyak yang perlu saya lupakan sekarang. Sempena ramadhan kali ini, jom kita mulakan kehidupan baru. Doakan saya ya kawan-kawan.



~NONO & HER STORY~

No comments:

NUFFNANG