Wednesday, November 5, 2008

bahanapi

salam...
madah pujangga gurindam jiwa ini aku tulis pada malam P.M kita umumkan kenaikan harga bahanapi sebanyak 40% pada jun lepas...
ingin aku tekankan disini,nukilan ini tiada langsung unsur2 politik..hanya sekadar nukilan seorang rakyat malaysia yg mana pada malam tersebut dapat melihat pelbagai ragam manusia dari pelbagai lapisan umur menjadi begitu kelam kabut tatkala mendapat berita mengenai kenaikan bahanapi,termasuklah aku..hehehe...
tapi sekarang,alhamdulillah,harga bahanapi telah diturunkan sebanyak 4 kali(betulkan aku kalau aku tersilap) sejak oktober,syukur alhamdulillah...
ok,masing2 ada pendapat masing2...ini luahan hati,luahan perasaan aku pada malam tersebut..
aku percaya kalian juga mempunyai pendapat masing2...so,silakan...

SEMUA ORANG MACAM NAK GILA
BILA DIESEL PETROL NAIK HARGA
SANGGUP BERATUR PANJANG BERJELA
HANYA SEMATA NAK PENUHKAN TANGKI KERETA

SEMUA ORANG BAGAI NAK GILA
BILA DIESEL PETROL NAIK HARGA
YANG BERGADUH BERTUMBOK PON ADA
NASIB BAIK TAK MELAYANG NYAWA

SEMUA ORANG MACAM NAK GILA
BILA DIESEL PETROL NAIK HARGA
INI SEMUA AMERIKA PUNYA KERJA
RAKYAT JUGAK YANG TANGGUNG SENGSARA

BILA RAKYAK "NAIK MINYAK" MARAH KAT DEPA
DEPA TANGKAP SUMBAT MASUK PENJARA,I.S.A
DEPA NAK BAGI TURUN KA DIESEL PETROL PUNYA HARGA?
JANGAN HARAP LA
LEPAS NI BARANG KEPERLUAN PUN IKUT NAIK SAMA
KALAU TAK PERCAYA,TUNGGU LA
PEMBORONG PERUNCIT UNTUNG GILA-GILA
RAKYAT JUGAK YANG TANGGUNG DERITA

TAPI DAH JADI LUMRAH DI MALAYSIA
RAKYAT SEMUA DAH MANGLI LA
SEMINGGU DUA JA DEPA NAK CERITA
LEPAS TU DEPA LUPA LA

SEMUA ORANG BAGAI NAK GILA
BILA DIESEL PETROL NAIK HARGA
TAPI NAK BUAT MACAM MANA?
SEMUA NI DAH DITAKDIRKANNYA
TERIMALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA
WALAU BATIN MENANGGUNG DERITA SENGSARA

5 JUN 2008


MR.S

No comments:

NUFFNANG