Monday, August 16, 2010

SEMALAM

Malas nak buat entri pasal buka puasa, sebab terlalu ramai sangat yang dah buat. So baik tengok blog kawan-kawan je, lagi best kan... hehehe.

Oleh kerana saya masih dalam tempoh 'percubaan' menjadi 'single', so tahap 'kestabilan' agak tak berapa stabil yer...huhu. Semalam dia contact lagi, dan menambah kan kecelaruan saya lagi. :(

Tak suka tau... Dia seolah-olah anggap antara kami masih seperti dulu. Sedangkan dia tahu yang saya dah bagi keputusan dan jawapan. Kadang-kadang saya tak tahan dengan kerenah dia ni, terlalu memaksa saya. Bukan ke 'sayang' tak boleh dipaksa?

Semalam saya ber'sms' dengan dia. Itupun sebab saya tak nak dia terus mengganggu saya lagi. Tahu apa jawapan yang saya dapat???

Saya : Antara saya dan awak, kita dah takde apa-apa hubungan lagi. Tolong jangan ganggu hidup saya lagi.

Dia : Kenapa mama jadi camni? Papa tak pernah putus dengan mama. Papa takkan lepaskan mama sampai papa mati sekalipun. Sebab papa sayang mama lebih dari segala-galanya.

Dan saya??? Terdiam kerana hati saya sudah mati untuk dia.




~NONO & HER STORY~

3 comments:

Anonymous said...

aku tk tahu la ape kisah ko ngn dia kn tp bg aku lelaki ni hnya tau nak hargai bila dah kehlgan..
ee entah la kn,x suka aku..

en_me said...

kita kawann kanns..

salam ramadhan cik nono itteww..

NONO said...

Nemo :betul tu, kadang-kadang suah nak tahu dorang ni betul-betul sayang kita or x.:(

en_me :selamanya kawan en.me...hehe. puasa biar cukup tau..hehehe

NUFFNANG