Monday, August 30, 2010

WALK ALONE

Sometime i ask myself, 'are you afraid to walk alone?'... Then i dont have a answer.

But now i already got the answer... Know what??? ' i'm never afraid to walk alone and be alone. Because i know, that i'm not alone...' Seriously saya dah tak takut sekarang, totaly tak tahu dari mana datang nya 'kekuatan' itu. Alhamdulillah... :)

Mungkin kerana dah terlalu banyak dugaan yang saya hadapi, dan semua itu mematangkan dan menguatkan saya. Btw, alang-alang saya dah kuat sekarang, ada ke yang nak lawan saya??? jom... hahaha :P


~NONO & HER STORY~

Sunday, August 29, 2010

'BEAUTY'


The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure she carries, or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen from her eyes, because that is the doorway to her heart. The place where love resides.
(get from
here)

Today masuk office settle semua yang tertangguh dulu, then baru tengok blog. Kadang-kadang mood malas melampau sangat, tapi kena bijak atasi sebelum sampai tahap kritikal... hehehe.

So, tadi hati macam terpanggil bila terbaca post Uncle Lee. Yeah, thats right... 'beauty is un-explaining'. Susah kan... huhuhu.

Sometime kita rasa macam dah cukup lawa, tapi sebenarnya kita lupa yang 'kecantikan' tu sebenarnya lahir dalam hati. Bila hati kita tak ikhlas/ tak jujur perbuatan dan air muka kita juga turut sama terjejas. Saya pernah alami situasi ni, hopefully biarlah ianya yang terakhir... Mempunyai kawan yang iri hati terhadap kawan sendiri. Pelik kan???

Kenapa perlu untuk kita dengki antara satu sama lain, sedangkan masing-masing dah ada rezeki sendiri. Sedangkan kita seharusnya gembira di atas kejayaan/ luck kawan kita. Kerana dia adalah kawan kita, bukannya orang lain. huh!

Dan kepada dia yang pernah cuba untuk menjadi backstabber, insaf lah kawan. Saya tak akan berdendam cuma saya akan lebih berjaga-jaga dengan kamu.



~NONO & HER STORY~

Wednesday, August 25, 2010

THIS I PROMISE U

Semalam saya janji nak bagitau hot story kan... Lambat sikit sebab pagi tadi saya malas, then tengahari saya tidur. Now dah refresh... so jom saya story... hehehe. *jujur sungguh kan pengakuan itu. :P

Btw semalam kami (budak-budak ofis) punyalah rancang nak keluar berbuka sama-sama. So decide nak keluar esok (khamis), semua setuju... thats great. *orang single macam saya ni elok keluar ramai-ramai kan..:) But yang lucu nya ada sorang doktor ni (she's master student at my department) tanya saya,

" U pun join ke Nor?"

"Yela doc, saya kan 'single'

"Hah??? U kan dah ada baby?"

"What?????...baby???...mana???"

"Tu..."




Rupanya dia ingat gambar saya dengan 'si tembam' yang saya tampal kat wall sebelah meja saya tu baby saya... hihihi. Sungguh lucu tau. Tapi takpe, saya memang suka baby pun... Hot mama erk??? Tapi tak nak lah 'mama' saya nak 'Ibu'... Sungguh menggetarkan jiwa bila ada suara comel memanggil 'Ibu'.... :P

'Ibu... Ibu... Ibu...' Pangggggggggggg




~NONO & HER STORY~

Tuesday, August 24, 2010

THIS GIRL VERY LAZY

Serius hari ni rasa malas sangat-sangat...

Tak tahu la kenapa, mata layu je. Maybe sebab terlebih tidur kot.huhu... But i got hot story tau!!!

Esok lah saya cerita sebab dah lewat ni, nak balik masak lagi. hihihi...:)


~NONO & HER STORY~

Sunday, August 22, 2010

TAK SANGKA

Saya boring tadi... *walaupun tengah kerja ya.! :)

So sambil tu saya usha blog kawan-kawan, guest what i get??? Sesuatu yang memang terkena kat diri saya sekarang... 'Apa yang perempuan selalu buat selepas clash' waahhhh... hehehe. Tahu kat mana saya jumpe??? --> sepet

Memang betul sepet, kamu memang bijak...hihihi. Untung Qery tau. :P

Tapi yang no 1, 3 dan 4 tu saya memang buat. Cuma no 2 saya x buat. Sebab saya jadi kurang yakin dengan diri. Dan untuk mengembalikan keyakinan tu, mungkin mengambil masa sedikit.

Dulu masa mula-mula saya putus cinta (2006) saya rasa amat kecewa and down with my self. Tahu apa yang saya fikir??? I thought i got a lot of weakness, then thats why he leave me and let me go. Bodoh kan saya time tu... :(

But berbeza dengan sekarang, because now bila saya ditinggalkan saya akan senyum sebab saya tahu saya tak rugi apa-apa. Kerana dia yang akan menyesal melepaskan seseorang yang betul-betul menyayangi dia tanpa jemu then tak mungkin dia akan mendapatkan saya lagi selepas ini. So siapa yang rugi???

Now saya kembali single, ada sesiapa yang mahukan saya??? hihihi... Grab me cepat laa.. :P Tapi saya tak nak sekarang, give me 5 month then January 2011 kita declare yer... hahaha. :)


~NONO & HER STORY~

BIARLAH

Dah terlalu lama kan...


Biarlah, andai itu yang terbaik... Biarkanlah. Malas saya nak fikir sesuatu yang boleh menyemakkan kepala ni. Lagi bagus saya layan blog atau fb. Lagi berfaedah kan.

Btw dia tidak lagi mengganggu saya. Mungkin tuhan telah berikan kesedaran dalam hati dia. Alhamdulillah. :)

Dan saya semakin bahagia dengan kehidupan ini. Bersama keluarga, kawan-kawan dan semua yang ada.

Rupanya masih ramai yang 'care' tentang saya... Terharu sungguh. Thanks teman-teman. Buat Mawar Merah, En Me, Uncle Lee, Sis Dayen, Nemo dan semua kawan, saya amat menghargai kamu. Thanks for your support.


~NONO & HER STORY~

Saturday, August 21, 2010

EHEM...EHEM

Ai malu...malu la...

Nak bagitau ke tak nak erk???

Nak tau ke???

Hehehe... sure siapa yang baca ni nak lempang saya kan??? hihihi... Sabar, puasa kan... :P

Ye la, saya bagi tau. Actually saya kini dalam proses mencuba sesuatu. Dan nampakanya memang mendatangkan hasil dengan usaha dan disiplin yang tinggi. Mula-mula memang merana la juga. Tapi berkat sokongan dari mama, dan sedikit perasaan cemburu terhadap orang yang lawa@cantik ni, saya jadi makin bersemangat. :)

Hampir 3 minggu saya telah mencuba produk dari http://www.oricurly.blogspot.com/

Alhamdulillah, keputusan yang saya dapat amat mengagumkan. :)
Lost 5 kg in 2 weeks. But saya tak ambil nasi langsung la. Just makan roti dan ratah lauk je. Mula-mula memang sengsara, tapi lama-lama saya dah biasa. Buka puasa saya makan kuih, tak pun mee or kuew tiew. Tapi kuantiti memang sikit. Tak sampai pun secawan. Minum air putih banyak-banyak. Time sahur pula minum susu campur oat. Thats all.

Doakan saya ye... Insyallah saya akan teruskan usaha ni sampai hujung tahun. Hopefully next year saya boleh pakai kebaya :P *aauuwww...mati la perasan.

Oppsss... Saya juga guna EUMORA. Sungguh BEST... Tak tipu!!! cubalah. :)


~NONO & HER STORY~

Friday, August 20, 2010

PELIK TAPI BENAR

Tak tahu nak kata apa...


Kadang-kadang rasa give-up pun ada. Susah nak tafsir. Pernah tak kamu rasa macam apa yang saya rasa???

Mungkin sebab puasa kot... *cea...tak pasal-pasal kan. :P

Tak pun mungkin sebab emosi masih gitu-gitu... :(



~NONO & HER STORY~

Thursday, August 19, 2010

HATI

Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,
tetapi dia tidak menitiskan airmata,
itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
Tapi kalau hati itu dah mati,

macam mana???


~NONO & HER STORY~

Wednesday, August 18, 2010

HEBAT

Terasa macam diri ni hebat pula...hihihi. Sungguh tak sopan kan. :P

Semalam saya start masak 6.15 pm. Pung pang pung pang masak 5 menu!!! wah... membangga kan betul tau.:)
Tau apa yang saya masak semalam???

-Sayur campur goreng
-Nasi goreng
-Mee goreng
-Ikan goreng
-Sambal Tempoyak

Macam mana??? Hebat tak saya??? hihihi. Simple yang mungkin sebab ni semua request dari adik-adik saya. So, ikutkan aje. Janji makan kan.

Hari ni pula si bongsu tu awal-awal dah request ayam masak merah. Dan yang tengah tu pula tak kisah. Asal ada makanan, semua dia ok je... Syukur. Takde la saya penat kan. Niat hati just nak buat ayam masak merah then spaggeti je. Insyallah kalau ada lauk yang menarik kat cafe petang nanti saya beli la sikit, sekadar topup apa yang dah ada.

Buat masa sekarang, alhamdulillah tak pernah lagi lauk kat rumah tu terbuang. Semua masih terkawal. Takde lagi pembaziran. Harap-harapnya sampai bila-bila lah camni. :)


~NONO & HER STORY~

Monday, August 16, 2010

SEMALAM

Malas nak buat entri pasal buka puasa, sebab terlalu ramai sangat yang dah buat. So baik tengok blog kawan-kawan je, lagi best kan... hehehe.

Oleh kerana saya masih dalam tempoh 'percubaan' menjadi 'single', so tahap 'kestabilan' agak tak berapa stabil yer...huhu. Semalam dia contact lagi, dan menambah kan kecelaruan saya lagi. :(

Tak suka tau... Dia seolah-olah anggap antara kami masih seperti dulu. Sedangkan dia tahu yang saya dah bagi keputusan dan jawapan. Kadang-kadang saya tak tahan dengan kerenah dia ni, terlalu memaksa saya. Bukan ke 'sayang' tak boleh dipaksa?

Semalam saya ber'sms' dengan dia. Itupun sebab saya tak nak dia terus mengganggu saya lagi. Tahu apa jawapan yang saya dapat???

Saya : Antara saya dan awak, kita dah takde apa-apa hubungan lagi. Tolong jangan ganggu hidup saya lagi.

Dia : Kenapa mama jadi camni? Papa tak pernah putus dengan mama. Papa takkan lepaskan mama sampai papa mati sekalipun. Sebab papa sayang mama lebih dari segala-galanya.

Dan saya??? Terdiam kerana hati saya sudah mati untuk dia.




~NONO & HER STORY~

Sunday, August 15, 2010

KERANA PERTANYAAN ITU

Weekend 2 hari rasa macam tak cukup je bagi orang yang malas seperti saya. Hehehe... Kalau lah cuti saya ada banyak lagi, rasa-rasa nya nak saya sambung cuti untuk 2 hari lagi. Mesti best dapat tidur lam-lama. :P

BTW saya makin selesa dengan kehidupan sekarang, tak perlu nak fikirkan tentang orang lain yang selama ini tak tahu menilai dan menghargai saya. Dah lama tak merasa hidup 'single' kan... Apa pun saya happy. Itu yang penting!!!

Tadi saya termenung sendirian bila salah seorang kawan saya bertanya kan "rasa-rasa nya berapa lama awak berjaya kekal kan status 'single'?" Jika di imbas balik, saya memang cepat memaaf dan mudah kesian. Tapi rasa nya tidak untuk kali ini. Saya nekad untuk teruskan keputusan saya. Dan rasa nya lebih seronok menjadi 'single' seperti ini. :)

Semalam juga dia telah cuba contact saya balik, tapi no respon dari saya... Doakan saya kuat yer. :)


~NONO & HER STORY~

Saturday, August 14, 2010

Saya masih lagi bercuti... So.. Tiada cerita best.. :)


~NONO & HER STORY~

Friday, August 13, 2010

PUASA DAN CUTI

Hari ini saya bercuti.... Jumaat dan Sabtu adalah weekend ya... Uuuhhh..Sungguh indah sebenarnya.:)

Dalam kepala dah ada perancangan nak masak apa, mungkin special sikit hari ni. Kari daging, Ayam Percik, Kerabu taugeh dan dessert Triffle. Kalau rajin saya publish kan gambar ahad nanti ya. :P

Alang-alang cuti, baik saya meronda di PARAM. Dapat beli murtabak ayam... hehehe. Lagi-lagi murtabak ayam kan... Mesti dah boring asyik dengar saya cakap Murtabak Ayam... Murtabak Ayam... huhuhu... Kan puasa... Biasa lah tu. :)


~NONO & HER STORY~

Thursday, August 12, 2010

HARAPAN ITU

Saya masih berpuasa ya... :)

Dan semalam saya masih tidak menjamah nasi. Wooo... sungguh bagus(buat ketika ini lah) hihihi... Semalam menu berbuka yang cukup simple, masak kat rumah. Dalam masa yang sama boleh berjimat :P

Terasa rindu nak menyinggah di PARAM, tapi tengok lah mungkin hari ini atau esok. Itu pun jika berkesempatan. Yang pastinya saya rindukan air kelapa dan murtabak ayam. Tapi macam mana nak pastikan semua tu betul-betul sedap ya???

Puasa... tak boleh nak membebel panjang-panjang. Nanti 'termelalut' ke lain pula. :)



~NONO & HER STORY~

Wednesday, August 11, 2010

DAN.KERANA.ITU.

Banyak sebenarnya, kadang-kadang sampai tak terluah. Mungkin pelik bagi sesetengah pihak yang dari dulu lagi mengenali saya. Namun tak salah kan andai kita berubah demi kebaikan...

Kadang-kadang sesuatu yang kita rasa 'terbaik' buat kita, tak semestinya betul. Ini adalah hakikat. Saya sendiri telah alaminya. Memang pahit dan perit bila kenyataan itu kita terpaksa tempuhi. Menyayangi seseorang yang selama ini kita rasakan 'right person' untuk disayangi. Namun, kita tersilap... Dia sebenarnya bukan untuk kita. Tapi jangan sekali-kali kita putus asa dan menyalahkan takdir. Bagi saya, ianya adalah satu pengalaman yang amat berharga. Orang lain tak mungkin mendapat pengalaman itu, melainkan kita. So, kita adalah insan terpilih yang dipilih oleh tuhan untuk merasainya. Tabah... itulah yang pastinya. :)

Dendam??? ohh tak mungkin. Kerana selagi kita berdendam, selagi itulah hati kita turut menderita. Memaafkan adalah jalan paling baik dan mudah untuk kita tenang. Saya dah merasainya... dan saya yakin, saya telah membuat keputusan yang amat bijak. Kamu bila lagi??? Cubalah... :)

Dan kepada dia yang pernah menyakiti hati saya, terima kasih. Kerana dia lah, saya menjadi semakin kuat dan tabah. Saya tak marah dia lagi, saya juga dah maafkan dia. Tapi untuk kembali seperti dulu, tak mungkin. Kerana saya bukan lagi "MAMA" dia.

Cukuplah bercakap soal hati dan dia. Saya pun dah tak tahu apa nak cerita pasal dia lagi. Terlalu banyak yang perlu saya lupakan sekarang. Sempena ramadhan kali ini, jom kita mulakan kehidupan baru. Doakan saya ya kawan-kawan.



~NONO & HER STORY~

SEKETIKA

Dah 1 ramadhan kita ya... now still gagah lagi, rasa segar lagi... after lunch time ni tak tahu la saya. Tambah pula dengan lagu kat office ni sekarang, Lagu 3 Kupang. Nak kata suka, tak la juga. Tapi terpaksa dengar....hmm..sabar je la ya.

Btw 12.30 pm kejap lagi saya nak keluar, nak ke MYDIN beli barang-barang dapur sikit. Mama pesan Ikan, tepung goreng cempedak, baby oil (double pack) macam-macam lagi la. Siapa nak ikut saya? Jom lah, saya tunggu kat sana ye.:)



~NONO & HER STORY~

Tuesday, August 10, 2010

MASIH MENCUBA

CINTA SEJATI bukan mengajar kita lemah...
tapi membangkitkan kekuatan
CINTA SEJATI bukan mengajar kita menghinakan diri...
tetapi menghembuskan kegagahan
CINTA SEJATI bukan melemahkan...
tapi menguatkan semangat

Saya masih mencuba untuk menjadi seorang yang KUAT... walaupun saya mampu tersenyum dan kini masih ketawa, dalam hati saya terpendam sejuta kekecewaan... sejuta penyesalan.

Saya ingin berubah... demi kebaikan di masa depan... Ya Allah, pandulah saya ke jalan Mu, Redha kan lah saya... berikanlah kekuatan kepada saya menempuh setiap dugaan Mu ini.

SEANDAINYA TUHAN MEMBERIKAN DUGAAN KEPADA MU, BERSYUKUR LAH...
KERANA SESUNGGUH NYA DIA MERINDUKAN SUARA DAN RINTIHAN MU.
MINTALAH PADA TUHAN MU...
SESUNGGUHNYA DIA MAHA MENDENGAR...
SEANDAINYA KAMU MEMINTA DARI TUHAN MU...
INSYALLAH AKAN DITUNAIKAN NYA...


~NONO & HER STORY~

RAMADHAN

Salam ramadhan buat semua....

Cepat masa berlalu kan, rasa nya baru je lepas raya... then dah nak puasa balik. Puasa tahun lepas yang tertinggal pon tak habis ganti lagi. hehehe... nampaknya kena la saya membayar fidyah serta ganti puasa yang berganda. huhuhu... nak buat macam mana kan, dah keadaan yang tak mengizinkan.

Tapi harap-harap nya tahun ini saya dapat berpuasa penuh!!! (wink) huhuhu. Cuma harapan je la kot... nak jadi kenyataan tak la.:)


Suatu hari nanti seseorang akan datang dalam hidupmu dan mencintai mu seperti yang kamu mahukan..sekiranya hari itu ialah semalam,Pelajarinya...sekiranya hari itu ialah esok,harapkannya..sekiranya hari itu ialah hari ini..kamu patut hargainya...


~NONO & HER STORY~

AKHIRNYA...TERJADI JUA

Permulaan tanpa cerita... Namun akhirnya ini adalah kenyataan. Setelah 3 hari berfikir, berkira- kira... ini adalah yang terbaik buat masa sekarang.

Serik??? Tidak sekali-kali... saya akan terus mencuba...dan terus mencuba. Tak salahkan...

Terima Kasih pada KAMU yang tetap dan masih disisi saya sehingga kini. Dah hampir 3 tahun kita berkawan, hampir 2 tahun kita "begini" namun saya cukup bahagia dengan KAMU. Terus lah bersama saya yerr...:)




~NONO & HER STORY~

Wednesday, August 4, 2010

BAK

"Tanpa semangat dari beliau, x mungkin aku berjaya seperti sekarang"


I miss him soo much...really miss him!!! Dulu memang aku nie jenis penakut, then suka mengalah sebelum mencuba. Sikit2 terus nak give up...sampai lah one day Bak cabar aku ambil lesen kereta & motor. Time tu aku buat bodoh je...malas nak ambil peduli, then mama brain wash aku...

Start that day aku jadi bersemangat, memang aku x tahu apa2 mengenai kereta..memang zero...kosong!!! tak kenal ape pun...gear, cluth, pedal minyak...yang aku tahu hanyalah hand brake...hahahaha. Gila kelakar, but what to do..memang aku x minat kan. Tapi kalau motor, aku tau la...dah memang pro pon..:)

So, nak dijadikan cerita...aku belajar la bawa kereta...sampai la aku dapat aku dah betul2 confident. Then test JPJ... alhamdulillah, sekali test je aku lulus motor & kereta... terus Bak macam x percaya... siap jumpa pegawai JPJ tu...hahahaha... kelakar bapak aku nieh...

Now bila terkenangkan balik...i'm really miss him...very2 miss him... kalau lah dia ada lagi sekarang nie, mesti dia tersenyum...bangga..tengok aku leh bawak kapal terbang....hahahaha. *tipu jer tue...:P

I know, walaupun dia xde dah...dia tetap tengok aku n adik2.... dari jauh..... then mesti Bak akan cakap " tak sangka anak pompuan aku yang penakut nie now dah berani".....

BAK...

Along dah kije skang...dah nak masuk 3 tahun. Angah pon dah kije... dah amik motor pon Bak. Adik pulak nak SPM bulan 11 nie... dia cakap kalau boleh nak sambung acconting... nak jadi cikgu. Mama pulak... masih macam dulu... jadi bahan lawak kitorang... suka tau buat lawak yang x sepatutnya lawak... tapi mama sunyi... kesian dia. hmmmm


MOOD : SEDIH..:( jiwa kacau.

~NONO & HER STORY~

Sunday, August 1, 2010

TAHNIAH...BIG CLAP!!!

Bukan nak bangga diri, but just nak share ngan kawan2..hehehe. yolah kan....

Semalam (sabtu) terasa diri amat rajin...tambah pulak kesian ngan budak boyot tue...request Nasi Beriani...i'm never try before....makan tu selalu lah, but nak buat...huhuhu..seram gak. Untuk tidak menghampakan request si boyot tu, maka nya aku bersilat bagai lerr... doa harus lah panjanggggggg...sebelum masuk dapur kan.hahahaha

Pungpangpungpang.....hampir 2 jam bersilat, maka terhasil lah..." NASI BERIANI" xde gam...hehehehe

Nie aku yang punyerrr....:)


Nasi Beriani lupa nak letak kaler oren sikit..hehehe..1st time buat kan..haruslah ada cacat cela nya..but komen fromsi buyut, "sedap long...supo kat mamak".. wahhh besar lobang idung aku!! :P

Kari Ayam + Bendi + Terung .... nie pon licin, dah macam makan dalam banjir...kuah selambok!!!

Itu sahaja, sekian dari saya... Chef NONO...hahahahaha *pangggggg sebijik!!!



~NONO & HER STORY~

MAKAN LAGI DAAAA...

Gila rajin minggu nie, hari2 masak...hahahaha. Maybe time nie mambang Rajin dah datang kot...tue yang terlebih rajin...layan je la....untuk breakfast pagi tadi...mak cik rajin woooo....:)

Nasi Lemak Rajin..:P


Hehehehe...pasni sape2 yang nak tempah leh la col cepat....promosi untuk tahun depan..ahaks!!!


~NONO & HER STORY~

CUBA DULU...BARU NANGES!

Peeerrgghhh...tengok tajuk macam pelik jer kan...bukan cuba apa pun, nie haaa...resepi baru percubaan aku..chewahhh... serius, korang cuba dulu, then pastu sure nangis non- stop... hahahaha.

SUP IKAN SIAKAP

Biasa lah, time cuti weekend baru boleh nak bersilat yang kaw-kaw sikit...kalau hari2 biasa maunya aku cincai2 je masak..asal x mentah udah ler..but bila cuti camni, harus lah special sikit. Request from aku sendiri, sebab dah lama teringin. So, maka nya jadi ler sup nie...makan time panas2...tambah pulak ada telur dadar...perghh..memang layan!!


Nak resepi ker??? alaa....malu leeee...layan gambar pon okey kan?kan?..hihihi :P


~NONO & HER STORY~

LUNCH TIME-NASI ULAM

Story minggu lepas punya...tapi nak update gak...kira halal la yer..hihi. Asal ader gambar, semangat nak update tu jadi berkobar-kobar...(tapi bila time malas, gambar pat belas keping pon malas gak!)..huhu

Last week, hari rabu...dengan semangat tak breakfast...sanggup minum jer, semata-mata nak bedal lunch yang agak merundum nafsu...hahahaha.*gila poyo...:P

Nasi ulam Cikgu - Pengkalan Chepa.
Menu : Ulam (wajib), Budu, Sambal belacan, Ayam goreng, Ikan singgang, Ikan keli percik (nie aku tak sentuh langsung), Asam pedas ikan patin, Sayur lemak kubis, Ikan panggang (ikan tawa)



Model Nasi Ulam...hehehe





~NONO & HER STORY~

SUPRISE BIRTHDAY FOR RATU HATI KU

Update yang tergendala yerrr....Suprise party for MAMA.... Siap nangis lagi tau.... huwahuwahuwa..:)

Birthday cake yang last minute...asal ada jer..dah lewat sangat time tu. :P


Birthday girl yang agak monyok that day sebab dia ingat kitorang dah lupakan birthday dia..:P


Simple preparation party....:)


Roti jala order from our catering..:P


Kari ayam superrbbb sponsor from my lovely jiran yang baikkkk sanagt...TQ Cik Anna :)


Tembikai ~last choice from Mydin~..hahaha


Bihun marvelessss sponsor from Cik Jae....TQ a lot..:)


Party adalah happening...suprise memang menjadi...mama pon tersenyum je pastu...then the next day, siap msg aku kat FB...

"Nor, tkasih krn buat kejutan ko mama semalam... Pandai doh loni buat kejut ko orghe.... Apa2 pun tkasih banyak..."

xle blaaaa...mak sape la tue..:P



~NONO & HER STORY~

TERTIPU @ DITIPU???

Kadang-kadang penat bila terpaksa menjadi "orang lain" untuk menjaga hati orang lain... Sakit hati bila kenangkan apa yang dah berlaku...memang sakit sangat-sangat.

Persahabatan seakrab mana pun masih perlukan batasan...walaupun tiada rahsia antara kita, namun perlukah "pengkhianatan" itu terjadi???

Entri kali ini terlalu tersirat...andai bisa ku undurkan waktu, aku menyesal mengenali mu... Buat insan yang bernama SAHABAT...terima kasih sahabat kerana engkau telah menggadaikan sebuah ikatan yang bernama "PERSAHABATAN". Berbahagialah engkau dengan keputusan itu.


~NONO & HER STORY~

NUFFNANG