Friday, January 9, 2009

MAMA..SESUATU????

Ekcely td aku ngah bukak email…then terbaca la email nie…..aku gelak jer time baca….sbb penghantar nye adalah MAMA….aku ulang sekali lg erk…penghantar nye adalah MAMA!!!MAMA SAYA YG HANTAR EMAIL NIE…..hehehehe…jom layan….(kwn die yg hantar…then die forward kat aku)

Saya pun tak tahulah kenapa kenduri kahwin sekarang ini melebih-lebih sangat. Tak macam di Terengganu dan Kelantan , cukup ringkas dan “simple” , makanannya sedap dan berselera. Tak macam kita di N.Sembilan dan lain-lain negeri yang kenduri kahwinnya dipekakkan dengan suara Deejay dan muzik.

Khemahnya pula cukup canggih, macam-macam style dan ribbon. Bunga telur pun pelbagai bentuk , telur harga 30 sen , bunga telur RM 3. Yang bunga dibuang selepas telur dimakan, tak ke membazir. Kad kahwin pun lagi satu , kad kahwin berlapis-lapis macam-macam style.

Makanannya pula berwarna-warni tetapi kekadang rasanya taklah seberapa sangat. Selera macam saya ni suka makanan yang simple. Kalau kenduri kahwin yang masak sendiri , masak gotong royong , masak lemak cili api , sambal belacan , ada ulam dan nasi putih adalah lebih berselera dari masakan yang berwarna warni.

Malah semasa saya menghadiri kenduri kahwin anak buah Menter Besar Kelantan di rumah MB sendiri pun cukup simple. Tak ada dipasang khemah. Tiada muzik, tiada Deejay. Orang ramai yang datang boleh berbual dengan tenang, bertanya khabar. Tapi di Negeri Sembilan dan negeri pantai barat ni kalau pergi kenduri kahwin kena cakap kuat-kuat. APA KHABAR ? Tak dengar juga. AAPAA KHAABAAR ? Baru dengar.

Masa kenduri kahwin nilah kita nak jumpa saudara mara yang jauh. Tapi kalau dah bunyi muzik dan Deejaynya mengada-ngada macamana nak beramah mesra dengan tetamu dan sanak saudara.

Kenduri kahwin ahli PAS di Negeri Sembilan pun lebih hebat dari kenduri kahwin anak Menteri Besar Kelantan. Kata nak ikut contoh ulamak tapi bila bab kenduri kahwin tak nak ikut contoh Tok Guru dah tunjukkan.

Terbaru Datuk Nooh Gadut pun dah pening kepala perangai orang Melayu ni yang buat kenduri kahwin yang melampau-lampau.Senang saja Datuk , suruh orang Johor dan lain-lain negeri ikut saja contoh MB Kelantan. Dengan ini akan memudahkan remaja serta muda mudi yang bermasalah untuk berkahwin daripada mereka bergaul bebas tanpa batasan.
************ ********* ********* *
Jangan dikomersialkan kenduri kahwinUtusan Malaysia 24 Dis 08JOHOR BAHRU 23 Dis. - Majlis perkahwinan tidak sewajarnya dikomersialkan seolah-olah menjadi satu perniagaan besar-besaran yang mengutamakan keuntungan.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, trend majlis perkahwinan wajar diperhalusi supaya tidak lari daripada matlamat sebenar diadakan majlis itu.Katanya, matlamat diadakan majlis perkahwinan adalah mengumumkan atau memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah antara pasangan pengantin bagi mengelakkan fitnah.

Beliau berkata, kenduri diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan untuk berterima kasih kepada saudara mara serta rakan-rakan yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan itu.Katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran dibolehkan sekiranya mempunyai kemampuan dan tidak berniat untuk bermegah.

"Bagaimanapun, dalam apa pun perkara, yang terbaik adalah melakukannya dengan penuh kesederhanaan."Berjimat cermat, perlu sederhana, jangan sampai jadi bakhil dan jangan pula boros berlebihan sehingga membazir," katanya.
http://www.utusan.%20com.my/utusan/%20info.asp?

Amatlah sesuatu kan MAMA skang nie???ala2 x sabo nk bermenantu…ahahahahaha… then ader satu kisah lg….next week kwn MAMA nk g INDON….mama siap kirim telekung sembahyang….die kirim 3 tue….then siap pesan kat kawan die…."2 psg yg biase jer…yg sepasang lagik tue nk yg lawa…yg mahal sikit"….mmg sesuatu kan MAMA nie???nk buat hantaran aku ke?????hahahaahahha….INSYALLAH.. MR.S kena keje kuat nie…..bakal mak mentua awak dh ekcited lorhhhhh….ekekekekekke….(sile lempang aku lelaju okeh!!!)hahahaaha…..

2 comments:

Eija @ Purple28 said...

hhhehehe...mesti adik pun excited kan? hehehehe

Anonymous said...

ala sruh la kwn mama survey kad jmputn skali coz kt indon kad jmputn murah n b'kualiti....xpn kirim jer trus nma n tarikh blh print kat KB...heheheheh x sabo nk tggu akhir thn nk nengok bespren aku kawen...miss u

NUFFNANG