Sunday, November 20, 2011
speechless
If he noticed that why i'm always say that - 'sometime we cant tell something that we wanna tell" then i just wish that he will tell me - " i know it dear what u gonna say". Tapi sah2 lah itu hanya mimpi sebab mungkin tak ade dan tak mungkin ade perasaan yang saya harapkan tu dalam diri dia.
Saya pun tak faham kenapa boleh wujud rasa itu sekarang dalam hati saya. Saya cuba elak, dan pastinya saya tahu risiko yang menanti saya nanti. Cukup kuat kah saya untuk terus pendamkan rasa ini??? Dan andai saya luah, mampukah saya terima segala kemungkinan??? Rumitnya Ya Allah...
Inilah yang saya takut... Bermain dengan api, tapi diri masih belum betul2 kuat... Harap2 akan ada penyelesaiannya.
~NONO & HER STORY~
SOMETHING TO SAYS
Terlalu banyak cerita untuk saya kongsi... ketawa dan tangis... terasa kuat sangat dada saya berdegup sekarang ni. Saya mulai gementar untuk menjadi seorang Ibu. Insyallah sebulan lagi, saya akan bergelar MUMMY. Dan hingga kini saya masih tak tahu baby girl or boy. Tapi takpe, Mummy will always pleasure u baby... tak kisah la girl or boy, asal sihat dan menjadi anak yang baik nanti.
Dan sesuatu yang saya rasa amat berat untuk saya luah, tapi akhirnya kini terluah juga!!! Saya jatuh cinta SEKALI LAGI... dan saya tak sangka perasaan ini akan wujud diantara saya dan dia. Mungkin hanya dari pihak saya yang ada rasa itu... saya tak pasti. Perasaan saya betul2 pasti lahir dari hati saya... dan kini saya takut untuk luah sebab saya tahu ianya bukan mudah untuk kami!!! =(
~NONO & HER STORY~
Saturday, August 27, 2011
RAYA PUNYA PASAL
Disebabkan nak raya, dan pelbagai alasan kukuh yang lain, maka dengan rajin nya saya nak buat kukis. Walaupun tu la benda paling malas nak buat. Sebenarnya tak kuasa sangat nak menenyeh dan cuit-cuit ni… lagi sanggup masak untuk kenduri dari buat kukis ni.
Si budak bertuah mimi siap janji nak tolong bagai, tp semangatnya separuh je… tukang settle saya jugak!!! Haishhhh…. Maka dengan bebelan yang panjang, dengan muka yang muncung dan sambil tengok “Ramadhan Terakhir”… (hehe) siap la 6 jenis kukis.
Dahlia summer (sebab terlebih kaler kuning), german east cost (sebab sy alter letak cengkih), cornflakes crystal, dizzy oreo horlicks, badam sapi, nestum ho ho (sebab disalut horlicks)- gambar nanti kalau dah jumpa cable saya transfer yer!!!
Operasi cake belum mula lagi…sebab isnin baru start. Have to make 8 cake….huwaaaa…tidur kat dapur la jawabnya!!! Dah la tak apply cuti pun… sah raya kat dapur.
~NONO & HER STORY~
Tuesday, August 23, 2011
WALAUPUN SEKETIKA
In the end, saya 'tertengok' juga gambar dia!!! Tapi tak pe, saya dah mula melupakan segala kenangan kami. Dan saya gembira melihat kebahagiaan dia.
Rupa-rupanya wife dia pun ada Blog... Ya Allah, kecilnya dunia ni... secara tak sengaja saya terjumpa blog beliau. But however, wife dia memang sweet. Dan yang paling buat saya serba salah, bila dia turut mention about me in her Blog. I mean about our Ex- Lovey Dovey. TQ awak...
I wish everything was fine... even one day dia terjumpa blog saya dan N3 ni... maafkan saya if awak ada terasa or feel like saya menceroboh Blog awak. Saya takde niat lain, hanya untuk berkongsi kegembiraan. Itu je...
"i'm a people who smile when u are happy, and willing to cry with u when u were sad"
~NONO & HER STORY~
Tuesday, August 16, 2011
MENGELUH NI
Saya stress!!! Tak suka lukis-lukis bagai...tp Encik Boss pulak suruh saya buat carta pai bagai..alahai.
Dah la bebanan kepala saya ni tak clear lagi... tambah pulak dengan kerja camni... Adoyaiiiii.
Nasib baik esok cuti kan... boleh la saya rehattttttt puas-puas!!! (Boleh ker???)
Huk alohhhhhh!!!
~NONO & HER STORY~
15 RAMADHAN TERAKHIR
Insyallah lagi 14 hari kita akan meninggalkan bulan Ramdhan yang mulia ni. Tapi pernahkah kita terfikir, adakah masih lagi kita berpeluang untuk menemui Ramadhan yang akan datang???
Bila mengenangkan semua tu, for sure saya akan merasa sebak sangat… Rasanya masih terlalu banyak yang perlu saya lakukan. Dan semoga kita semua bakal menemui Lailatul Qadar seperti yang diimpikan…
INSYALLAH…
~NONO & HER STORY~
Monday, August 15, 2011
BERTAUBATLAH ‘SAYANG’
Saya kecewa sungguh… teramat kecewa!!!
Memang saya susah nak percaya benda-benda tahyul nie, but in the same time we need to believe its can happen.
Last Thursday -fuad (my lil brother) saja nak melawat Pak Long kat Besut, saya of course la tak dapat nak join sebab kerja. Then malam nye after berbuka Fuad bagitau yang saya perlu hati-hati!!!
I was wondering la kan… what for nak beware??? Then barulah dia story the whole story. Nak dijadikan cerita, semasa Fuad kat rumah Pak Long tu… dia ajak Pak Long jumpa sorang Ustaz ni. Sebab nya Fuad rasa tak seap badan…Tapi alih-alih sampai rumah Ustaz tu, lain pulak cerita nya.
Tiba-tiba je Ustaz tu tanya Fuad :
“Awak ada kereta tak?”
“Saya takde kereta Ustaz”
“Kakak awak ada kereta”
“Aaah…ada” ….Dalam masa yang sama Fuad dah mula terkejut la..sebab mana dia tahu semua tu..tak pernah jumpa pun kan.
“Awak kena hati-hati sebab di pemegang pintu kereta kakak awak tu ada orang calitkan darah orang mati…Kejap lagi saya buatkan air solat hajat, awak bagi pada kakak awak.”
Ya Allah… memang saya tak sangka sangat-sangat…sebenarnya banyak lagi yang Ustaz tu bagitau. Tapi rasanya cukup la dulu. Dan Untung nya saya masih tak tahu siapa yang sanggup buat semua tu pada saya…
Dan menurut Ustaz tu lagi, tujuan ‘orang’ tu sebenarnya untuk melembutkan hati saya supaya suka kat dia!!!
SUBAHANALLAH!!!
~NONO & HER STORY~