Fungsi tudung dipakai adalah untuk menutup sekalian yang perlu di tutup. Rambut & lain-lain. Jika rambut ditutup. Tetapi masih menampakan ciri-ciri rambut maka ianya tidak boleh. Ianya menjadi fitnah bila lelaki yang nampak & akan membayangkannya. Apatahlagi bila wanita itu cantik, mungkin lelaki akan membayangkan wanita itu dengan rambutnya yang panjang mengurai. Biasanya rambut yang panjang mengurai itu cantik. Bila itu terjadi ianya menjadi fitnah kepada wanita. Maka, lebih baik, sanggul itu direndahkan sedikit.
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.Ulama' Syafie menyatakan bahawa mengkerintingkan rambut adalah perkara yang diharamkan melainkan sekiranya sudah berkahwin dan diizinkan oleh suaminya.
Imam Ramli (Ulama' Mazhab Syafie) berkata dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj:
"Dan diharamkan seorang wanita mengkerintingkan rambutnya. Sekiranya wanita itu mendapat keizinan suaminya (bagi yang bersuami) atau tuannya (bagi hamba) untuk mengkerintingkan rambutnya maka diharuskan. Ini kerana suami ada hak untuk mendapat perhiasan pada isterinya. Ini disebut dalam kitab Radatut Tolibin oleh Imam Nawawi." (Jilid 2 ms 25)
Menurut ulama', seperti mana haram mengkerintingkan rambut, begitu juga dengan meluruskan rambut.
SEBAB PENGHARAMAN
Ada dua sebab bagi pengharaman ini. Ianya adalah seperti berikut:
SEBAB PERTAMA: PENGUBAHAN
Rasulullah saw bersabda:
لعن الله الواشمات والمستوشمات والنامصات والمتنمصات والمتلفجات للحسن المغيرات خلق الله
“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah” (Hr Bukhari Muslim)
Definasi pengubahan ciptaan Allah adalah seperti berikut:
إحداث تغييردائم في خلقة معهودة
“ Membuat perubahan kekal pada anggota yang normal"
Menurut ulama , kekal disini tidak semestinya kekal selamanya. Pengubahan yang memakan masa berbulan-bulan juga dianggap sebagai pengubahan yang diharamkan sekiranya untuk kecantikan.
SEBAB KEDUA: PENIPUAN
Muawiyah berkata:
إن رسول الله صلى الله عليه وسلم بلغه فسماه الزور
" Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan."
Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
Bagi pengubahan rambut dengan teknik ini dianggap sebagai penipuan kerana manusia nampak seperti elok rambutnya padahal sebaliknya.
Kesimpulan:
Pengharaman ini untuk pengubahan yang ketara, dilihat jelas perbezaannya. dan berkekalan lama Adapun perubahan yang sedikit dengan bersikat, menggunakan gel dan dandanan rambut itu tidak dianggap perkara yang diharamkan. Malahan ini perkara yang disunatkan. Nabi saw bersabda:
مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرٌ فَلْيُكْرِمْهُ
" Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya."
Hr Abu daud - hasan sahih
Rujukan: Nihayatul Muhtaj oleh Imam Ramli, Hafluz Zafaf Fil Feqhil Islami oleh Rafif Abdul Aziz Sabag, Al-Jarahah at-Tajmiliah oleh Dr soleh Fauzan.
~NONO & HER STORY~
No comments:
Post a Comment