Showing posts with label LUAHAN. Show all posts
Showing posts with label LUAHAN. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

RASA

Saya mungkin pernah buat silap sebab menyayangi insan yang tak patut saya sayang.

Tapi apa hak saya untuk menafikan ‘rasa’ itu kan??? Dia pun manusia biasa yang ada rasa untuk disayangi sama seperti kita…

Saya tak fikir ini satu kesilapan tapi mungkin satu jalan yang tak patut saya ambil… Dan kini saya tetap terus berharap agar ‘rasa’ itu takkan hilang kerana saya tak mampu untuk menjauhi dari ‘rasa’ itu lagi.




~NONO & HER STORY~

Sunday, August 22, 2010

BIARLAH

Dah terlalu lama kan...


Biarlah, andai itu yang terbaik... Biarkanlah. Malas saya nak fikir sesuatu yang boleh menyemakkan kepala ni. Lagi bagus saya layan blog atau fb. Lagi berfaedah kan.

Btw dia tidak lagi mengganggu saya. Mungkin tuhan telah berikan kesedaran dalam hati dia. Alhamdulillah. :)

Dan saya semakin bahagia dengan kehidupan ini. Bersama keluarga, kawan-kawan dan semua yang ada.

Rupanya masih ramai yang 'care' tentang saya... Terharu sungguh. Thanks teman-teman. Buat Mawar Merah, En Me, Uncle Lee, Sis Dayen, Nemo dan semua kawan, saya amat menghargai kamu. Thanks for your support.


~NONO & HER STORY~

Sunday, August 1, 2010

TERTIPU @ DITIPU???

Kadang-kadang penat bila terpaksa menjadi "orang lain" untuk menjaga hati orang lain... Sakit hati bila kenangkan apa yang dah berlaku...memang sakit sangat-sangat.

Persahabatan seakrab mana pun masih perlukan batasan...walaupun tiada rahsia antara kita, namun perlukah "pengkhianatan" itu terjadi???

Entri kali ini terlalu tersirat...andai bisa ku undurkan waktu, aku menyesal mengenali mu... Buat insan yang bernama SAHABAT...terima kasih sahabat kerana engkau telah menggadaikan sebuah ikatan yang bernama "PERSAHABATAN". Berbahagialah engkau dengan keputusan itu.


~NONO & HER STORY~

Tuesday, June 1, 2010

SUKA...SAYANG...CINTA...


Saat kau Menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoisanmu sendiri.
Saat kau Menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau Mencintai seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
Saat kau Menyukai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya, Bolehkah aku menciummu?".
Saat kau Menyayangi seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya, "Bolehkah aku memelukmu?".
Saat kau Mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau hanya akan menggenggam erat tangannya... .
SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata "Sudahlah, jangan menangis".
SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya dan memeluknya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dipundakmu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masala h ini bersama-sama".
SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,"Ia sangat cantik dan menawan".
SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, "Buatku dia adalah anugrah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku".
Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu, maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.
Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kau CINTA menyakitimu, kau akan berkata, "Tak apa dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan".
Pada saat kau SUKA padanya, kau akan Memaksanya untuk menyukaimu.
Pada saat kau SAYANG padanya, kau akan membiarkanny a memilih.
Pada saat kau CINTA padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.
SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia membutuhkan.
CINTA adalah hal yang memberi dengan keikhlasan
SUKA adalah hal yang menuntut
SAYANG adalah hal memberi dan menerima
CINTA adalah hal yang memberi dengan ikhlas....


~NONO & HER STORY~

Saturday, February 6, 2010

INDAH NYA KURNIAANMU

Salam,


Tenang.....alhamdulillah...diri ini semakin tenang.....berkat kekuatan yg ENGKAU pinjam kan pada ku...aku mampu menghadpinya YA ALLAH.... sesungguh nya sebagai hamba mu..aku terlalu bersyukur di atas semua nikmat ini......

ENGKAU telah "pinjam" kan aku seorg insan yg bisa menggetar kan hati ini.....seorg insan yg terlalu baik dan memahami ku....sesungguhnya dugaan itu telah mengajar aku utk lebih menyayangi nya......utk lebih menghargainya.....

Insyallah....akan ku jaga hubungan ini....dan harapanku semoga ianya cinta terakhirku.... YA ALLAH.... aku bersyukur diatas rahmatmu ini....sesungguhnya dia yg aku nantikan selama ini.... bahagianya aku di saat ini.... terima kasih diatas KEBAHGIAAN ini.....

Dan buatmu insan yg telah menggetarkan hati ini.... seandainya suatu hari ditakdirkan kita berpisah... ketahuilah oleh mu...aku bangga menyayangimu...aku bahagia dapat memilikimu... dan aku bersyukur kerana pernah menjadi kekasihmu....

Semoga hubungan ini kekal utk selamanya...... biarlah engkau dihatiku..dan izinkan aku menakluki hati mu utk kini dan selamanya....


~NONO & HER STORY~

AIRMATA DI PETANG SABTU

Salam,


Sewaktu ini...disaat ini, aku amat tersentuh....kenapa??? Biarlah menjadi tanda tanya...sesungguhnya aku amat tersentuh...dan dalam pada masa yg sama aku amat bangga dengan kekuatan yg ada dalam diri beliau...

Akak,

Amat terkejut dan tergamam.....nono x sangka camtu sekali penderitaan nya kak.....namun nono bangga mempunyai seorg kenalan..sekaligus seorg kakak yg begitu cekal...tabah dan kuat semangat...semoga akak cepat sembuh....berkat ketabahan dan kekuatan akak....Insyaallah. I LOVE U SOO MUCH KAK......VERY2 MUCH!!!


(saat ni aku x mampu nk tulis ape lagi...dengan airmata yg x berhenti mengalir.....aku terlalu sebak..maafkan NONO kak....NONO terlalu lemah utk dugaan yg akak sedang tanggung ini)




~NONO & HER STORY~

Friday, February 5, 2010

MENCINTAIMU

Salam,


Setelah beberapa hari mendiamkan diri…..semalam aku masih berkira2 samada perlu kah utk aku meluahkan semua nie….namun dalam keadaan yg masih tak pasti, aku mengambil keputusan utk meluahkan apa yg aku rasa.

Kekecewaan akibat menyayangi dan disayangi masih menghantui diri aku….namun sehinggalah suatu hari….dia hadir dalam hidup aku utk kedua kali….(pertama kali sewaktu itu pintu hati aku masih tertutup…dan dia mengalah) namun kali ini..aku cuba utk menerima dia…cuba member peluang… dan sesungguh nya peluang itu dia tidak sia2 kan…..aku begitu dihargai…ditatang…terlalu bahagia…terlalu indah.

Namun, aku leka…aku terus dgn perangai kepala batu aku….tp dia masih bersabar.Dan sehingga kini, dia masih bersabar……AKU????masih begini..sehinggalah semalam aku nekad…cuba utk jauhkan diri dari dia…tanpa sebab dan alasan….aku pon xtahu…gile ke aku nie????YA ALLAH…aku x mahu kehilangan dia…sesungguhnya aku dah mula menyayangi dia.Pelihara lah hubungan kami YA ALLAH……


Mencintaimu

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Setia menanti

Walau di hati saja
Seluruh hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

( korus )
Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku





~NONO & HER STORY~

Sunday, January 31, 2010

KEHIDUPAN DAN DUGAAN

Salam,


Selamat berhujung minggu buat teman2 yg sudi menjengah blog aku ni…..ekcely minggu ni,kisah kehidupan aku agak dramatic…penh dengan kontraversi!!! Wahhhhh…dah ala2 artis kan…tapi itulah hakikatnya….penuh dengan emosi….

Awal bulan 12 ari tu aku berselisih phm ngan my lil bro,so berpunca dari ctu masing2 diamkan diri…bangga dengan keegoan masing2 (termasuk lah aku)huhuhu…then on last Friday my lil bro kna g seremban utk sambung stdy….so pd malam sblm dia pergi tu….masing2 rasa bersalah, then we all berdamai…then semua ok….so pagi jumaat tu bermula la episode baru dalam hidup fmly aku….tggl ber-3 tanpa my lil bro…so everthing was ok.tiba2 ptg sabtu tu dia col…ckp nk blk…xtahan tggl kat sane…xde air..disiplin yg x de lgsg….pada mulanya aku nasihat…jenuh punye nasihat namun x mkn pujuk gak….then mama decide biar je la…biar dia blk…xnk paksa dia.

But sebagai kakak, mmg aku x nafi yg aku kecewa dgn sikap my lil bro….sbb semua ni utk masa depan dia….utk kehidupan dia…tp bak kata mama, jgn paksa…so biar je la…aku redha.dan dalam hati aku still menangis walaupon diluar aku tersenyum…kerana seorang kakak, aku terpaksa senyum walaupon sakit….demi adik2, segalanya aku turutkan…namun harapan aku Cuma satu…semoga semuanya berjaya.


Tiada kata2 yg dapat aku luah kan lagi…hanya satu yg ingin aku luahkan…ALONG SAYANG ANGAH & ADIK…walauapepon blaku korang tetap adik along dunia & akhirat.



~NONO & HER STORY~

Wednesday, January 13, 2010

SETIA & CINTA

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…


Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…


~NONO & HER STORY~

Tuesday, January 12, 2010

MANUSIA SEKARANG....

Salam,

Permulaan yang agak meruntum jiwa aku..pagi2 sampai ofis macam biasa aku on email...then aku memang terkejut...i got a veryyyyyyyyyyyy bad email from him....sampai kan aku rasa nk menangis kat ctu gak...pada mulanya aku memang X sanggup nak tengok..but sebab nak tahu..aku beranikan diri gak....Korang tengok & nilai la sendri....aku memang maki giler org yg buat kije sial cmni......huh!!!

Dorang x pikir ke???tue bukan anak b*b*...suka2 hati nak buang..nak campak...pikir la skit..guna akal yg tuhan bagi kat korang tu!!!tu anak korang....darah daging sendri...sanggup??? aku x paham apa nk jd ngan dunia sekarang.....mintak2 aku dijauhkan dari semua nie...Manusia skrg lebih bodo dari BINATANG!!!

Hari selasa yang amat meruntum jiwa aku!!!









~NONO & HER STORY~

Wednesday, October 28, 2009

RRENUNGKAN LAH...

JADILAH SEPERTI KUNANG- KUNANG......YANG MENERANGI MALAM WALAUPON DENGAN SEDIKIT CAHAYANYA YANG KECIL, TETAPI MASIH MAMPU MENERANGI KEGELAPAN.......

BUKAN SEPERTI KELKATU , YANG SEPANJANG HIDUPNYA HANYA BERGANTUNG PADA CAHAYA........




~NONO & HER STORY~

Thursday, October 22, 2009

KECEWANYA HATI

Salam,


Kadang-kadang kita cuba buat yang terbaik untuk semua….seboleh-bolehnya inginkan yang “terbaik”…tapi ape perasaan andainya tidak dihargai???susah sangat ke nak fahami hati ini??? Bukan untuk diingati…cukuplah andai dihargai…dan dinilai…


Pengorbanan itu bukan untuk diukur atau dibalas….cukuplah andai dihargai….kecewa nya jiwa andai semuanya sukar difahami….ANDAI KITA MAHUKAN ORANG LAIN MEMAHAMI HATI DAN PERASAAN KITA….SEHARUSNYA KITA JUGA PERLU UNTUK MEMAHAMI PERASAAN ORANG….


Aduhai……pasrahlah!!!





~NONO & HER STORY~

Saturday, April 11, 2009

HATI DAN PERASAAN


Yeah…feel stress…tak tau la cmne aku nk tenangkan pale aku skang nie…asyik serabut jerk….kdg2 aku sendri pon x pasti…ape yg menyebabkan aku rs stress…..seriusly aku xde la beban kije yg “terlalu” banyak….mmg xde pon….mslh keluarga pon aku xde….tp kdg2 aku seolah2 berperang ngan perasaan dan diri aku sendiri….ape lg yg perlu aku lakukan…andainya dgn diri sendiri pon aku x mampu nk kawal….

Kdg kala aku rs sunyi yg amat……”lonely”….walaupon aku cuba ignore jerr…tp ada ketika nya aku kalah….kalah dgn diri sendiri….dan saat itu lah aku mula rs lemah….tp mujur lah kekuatan aku sentiasa berpanjangan…..berkat doa mama….dan teman2 sekeliling….aku cb utk bangkit….

Semakin aku cb utk lari dr kenangan itu….semakin ia dekat dihati aku…..pelik…. apekejadah nye aku dok ingt kan…..yg pasti semua itu adalah kenangan….dan x mungkin akan berundur kembali….dan pengajarannya…”sayangilah setiap perhubungan itu”…..

Dan kepada “insan itu” maafkan sy…..bkn sy xnk terima awk…tp hati sy belom bersedia utk saat ini….perasaan sayang masih ada…tp ruang utk disayangi msh belum terbuka… bkn sy x sudi…jauh sekali utk buang awk dr hidup sy….Cuma hati sy belom pulih utk sepenuhnya….sy bahagia dgn hidup sy skrg….tenang…dan sy redha andai awk terus lupakan sy….atau ada seseorg yg jd pengganti sy dlm hdp awk…..awk berhak utk bahagia….x perlu utk terus mengharapkan sy…krn sy sendiri x tahu bl hati ini akan terbuka….

p/s : MAAFKAN SY ANDAI INI MELUKAKAN AWK!!!




~NONO & HER STORY~

Wednesday, April 1, 2009

WHY I CHANGE MY ID???

Nape erk plu nk touching2 ngan aku???pesal daaaa…..aku bkn ckp yg aku bini ko pownn….aku x pnh ngaku aku awek ko…lagi jauh utk ngaku aku sayang ko….aku cume ckp aku “suke kwn” ngan ko…tue jerk…..so xyah ler nk touching2 bagai nie erk….nk msg2 aku… kunon2 majuk ler….sentap2 lerr….pehal???


Owhhhh… tak daya dah aku nk melayan ragam kaum ADAM nie….banyak tul songeh…(tp bkn semua ler camtu…kang ader lak yg sentap)..lalalalala… tp walau papepon…aku tetap “suke kwn” ngan korang…..tp pelisses la…jgn nk kong2 bagai nieh…rimas akak tau!!!


Dah namenye g holiday…pekejadahnyer aku nk on9 bagai..pekejadahnyer aku nk update bagai…bkn KO komen pon…setakat baca pastu check komen aku jerk….pastu klu ader la ADAM lain yg komen mula ler mcm “cacing” kepanasan….tue br jd kwn…kang buatnye aku nie jadik BINI ko camner???mati terjun bangunan agak nyer aku niehhhh….huhuhuhu..


p/s : sbb tue ler aku tkr id blog nieh….hohohoho





~NONO & HER STORY~

Tuesday, March 31, 2009

IS'T TRUE???

WE WERE GIVEN :

TWO HANDS TO HOLD

TWO LEGS TO WALK

TWO EYES TO SEE

TWO EARS TO LISTEN,

BUT WHY ONLY ONE HEART???

BECAUSE THE OTHER WAS GIVEN TO SOMEONE ELSE.

FOR US TO FIND….





~NONO & HER STORY~

Sunday, March 29, 2009

K.A.W.A.N

kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang
sakit.....

kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh
di
sana....

kate sedare,
kawan tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam
durian
bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT
LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM
DURIAN
&
MACAM
BISKUT!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia
selamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!!





~NONO & HER STORY~

Thursday, March 26, 2009

APA AKU RASA???


Ntah laaa…..minggu nie jiwa mmg kaco….hp pon kdg2 jer aku cas…kdg2 aku biar jer selok (mati) camtue…rs malas bebeno…mood pon kureeennggg….hp yg lg satu tue x yah ckp ler…dh seminggu aku x on…..hohoho…


Aku harap perasaan nie xde la berlanjutan….aku bkn nk ikut hati sgt…..tp kdg2 kita perlu gak phm perasaan kita…yela…klu bkn kita yg nk phm…sape lagi???nama pon hati dan perasaan KITA!!!

Ari tue aku ader la terbaca satu cerpen nie….then aku tersentuh sgt bila baca satu kisah nie….then aku copy paste ayat die…ayat yg berjaya buat aku menangis….

Dulu masa aku sekolah agama…ade sorg ustaz nie bagitau kami….kalau kamu nk dapatkan lelaki idaman kamu..kamu ambil satu kertas..tulis ciri2 lelaki idaman kamu…lepas tue kamu simpan kertas tue…jgn bagi org lain baca…dalam pada yang sama kamu jgn lupe untuk terus berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t…. insyallah kamu akan dapat lelaki idaman kamu tue….then aku buat walaupon aku x percaya….tp alhamdulillah…sekarang aku dapat lelaki idaman aku….yg berkaca mata…seperti yg aku tulis dalam kertas tue……

Mungkin ayat nie xde makne pape bg korg….tp klu korg hayati….korg akan tau kat mane yg akan buat korg tersentuh….cuba korg bayangkan…dalam dunia nie teramat ramai manusia…pelbagai permintaan…doa….harapan…..yg kita mohon pada ALLAH….tp DIA tidak lupa pada kita…DIA tetap berikan ape yg kita mahu walaupon kita kadang2 leka dgn dunia ciptaan kita sendiri….aku bkn nk kata kat sapa2….aku tuju kat diri aku sendiri….aku mengaku…kadang2 aku terlalu leka…..asyik sgt ngan duniawi nieh…sampaikan kdg2 aku lalai….tp DIA tetap mengkurniakan nikmat hidup pada aku….sesungguh nya aku amat bersyukur.


p/s : selamanya bersyukur…..




~NONO & HER STORY~

Sunday, March 15, 2009

CINTA DAN BENCI

"CINTAILAH KEKASIHMU SEKADARNYA SAHAJA, KERANA BOLEH JADI DIA AKAN MENJADI ORANG YANG KAU BENCI SUATU HARI NANTI. DAN BENCILAH ORANG YANG KAU BENCI SEKADARNYA SAHAJA, KERANA BOLEH JADI DIA AKAN MENJADI KEKASIHMU SUATU KETIKA NANTI"


Perlukah aku terus menyintai andainya hati ini masih lagi “dimiliki”???.....indah harapan seindah impian yg dijanjikan….perlukah aku terus berserah andai kutahu arahnya tiada kepastian???haruskah aku mengadaikan sebuah hati demi pengorbanan???

Benar…..”PERKAHWINAN IBARAT PERJUDIAN”…namun aku pasrah…andai aku kalah dalam perjudian ini…aku perlu tabah…..namun aku yakin…KEBAHAGIAAN pasti akan menjadi milikku jua suatu hari nanti…




~NONO & HER STORY~

Wednesday, February 25, 2009

NOKTAH SEBUAH CINTA

SEBUAH KEJUJURAN LEBIH BERHARGA DARI SEGUNUNG KEMEWAHAN

Cinta hadir tanpa diundang….
Perginya jua tak dirancang…


Siapa yg ingin melihat impian yg dicipta hancur berkecai..luluh dimamah kedukaan semalam???begitulah aku…..tidak pernah aku menduga walau sesaat pon yg aku akan berpisah…namun takdir adalah penetu segalanya…..teramat hiba perasaan ini….perit bl diingat kembali….sangka ku ini adalah cinta terakhir…namun….cinta ini terpaksa aku korbankan jua…..atas dasar tgungjawab….aku perlu berkorban….


Ada yg tertanya2…kenapa jd camni???dan jawapan yg paling senang utk aku bgtau adalah “takdir penentu segalanya”…..dan mulai saat ini….dlm blog ini…tak kan ade lg kisah cinta….biarlah N3 ini menjadi noktah utk segala2 nya….


Dan andai suatu hari nanti ada undangan dari aku….jgn ditanya siapa calon nya….krn aku x mampu untk memberi jawapan nya….hanya apa yg aku minta…doakan lah kebahgiaan aku…….sesungguhnya aku jua punya hati…yg ingin merasa nikmat bahgia.


Cuma satu yg aku ingin katakan…walau ape yg terjadi…letak lah keluarga ditempat utama…..dahulukan keinginan keluarga….kerana kebahgiaan akn menyusul tiba…..walaupun terpaksa korbankan sebuah cinta….demi keluarga…aku turutkan jua…..

Sunday, February 15, 2009

HAI EVERYONE

SEBUAH KEJUJURAN LEBIH BERHARGA DARI SEGUNUNG KEMEWAHAN



Salam….

Alhamdulillah…aku semakin okey…bertambah tenang…walaupon bkn 100 %...tp aku semakin pulih dr tekanan dan masalah ini…..dunia….sungguh banyak pancaroba…..dugaan demi dugaan…

Kini aku dh xnk fikir apa yg bakal berlaku….sbb ape yg penting skang nie aku nk teruskan hidup ngan family aku….aku akan cuba sedaya upaya….aku yakin…aku akan cb kuatkan diri…(walaupon kdg2 aku lemah..) tp demi keluarga…aku akan cuba…..

Okey…stop about that….

This week aku dh kemas sikit2…apa yg patut…for 1st step aku kemaskan pinggan mangkuk mama dl….ape2 yg x gune aku kemaskan…letak dalam kotak…sbb senang…weekend nie tinggal angkut jer….fuad plak kemas bilik dia…bilik study….dokumen2 bisnes arwah bak…dan insyallah…sblm bln 5 aku dh x tggl kat umah nie dah….aku akan pindah…..insyallah….

Then mggu pn aku nk kemas bilik aku plak….mimi pon sama….hujung minggu br leh angkut…then aku ingt hjg bln 4 dh settle semua….x sabar nk pindah….sbb leh dkt ngan m.tuk…ramai jiran…x mcm kat cni….tp……..sedey tetap ader…yela…terlalu banyak kenangan kat umah skang nie……kenangan akhir bersama arwah bak…..indah sgtttt……hmmm…xpe la…kenangan itu leh dikenang kan….so selamanya ia tetap dihati…

p/s : korangggg….nape aku rs cam aku dh x diperlukan lagi????


NUFFNANG