Tuesday, November 3, 2009
URGENT!!!
I'M GOING TO KL TODAY....WILL COME BACK ON MONDAY...
MISS U...LOVE U...
~emergency leave~...
if ada pape...can col me...017-2969627
~NONO & HER STORY~
Friday, October 30, 2009
♫ Pan's Labyrinth - Theme (Lullaby) ♫
This song make me cry.....memang lembut sangat alunan lagu ni.....its will change my mood...i'm really love this song.....1st time dengar rasa macam "ehhh..aku pernah dengar laa...."...then when aku pikir2 balik....rupanya lagu dalam SUMPAH BUNIAN.....
ADOOOIIIIIII......BESTTTTT SANGATTTTT!!!
~NONO & HER STORY~
Thursday, October 29, 2009
HWS part 1
Salam,
Last Sunday our office anjurkan Hari warga staff….so memang enjoy..all the staff from Penang datang….so that day ada 7 pasukan…KACIP FATIMAH,MISAI KUCING, DURI TUJUH (our team), SERAI WANGI, HALIA BARA,TONGKAT ALIand JARUM MAS…..all the name inspired by nama2 herba.
So jom layan pic…..
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
USM
~NONO & HER STORY~
POLIGAMI???BACALAH DULU...
“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.”
Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang…
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!
~NONO & HER STORY~
Wednesday, October 28, 2009
RRENUNGKAN LAH...
BUKAN SEPERTI KELKATU , YANG SEPANJANG HIDUPNYA HANYA BERGANTUNG PADA CAHAYA........
~NONO & HER STORY~
Tuesday, October 27, 2009
NUR NAYLI INSYIRAH BINTI MD LIZAN
Salam,
Keadaan Tuan Rumah yang agak busy dengan pelbagai tugas menyebabkan Blog nie tak “ber up date”…ciiitttttt…padahal memang dasar pemalas kan…so adalah mencari alasan kukuh..muahahahaha..
BTW banyakkkk sangat cerita yang aku nak kongsi…..then salah satunya bila pagi tadi aku tengok blog KAK CEND……terus senyum melerettttttttt….dia dapat baby girl……suke2222222….tetiba aku yang excited…..macam aku plak yang beranak….hehehehe…
To KAK CEND…….tahniah akak…..semoga baby cepat2 membesar bagai johan….hehehehe…cumel macam mama dia…insyallah….
To : NUR NAYLI INSYIRAH BINTI MD LIZAN…….jangan kuat nangis yer baby….banyak2 minum susu…. Cepat2 beso….nanti leh tolong mama…hehehehe
~NONO & HER STORY~
Thursday, October 22, 2009
MARA vs SENTAP
Fuh….fuh….fuh….
Penatttttttttttttttttt……baru balik dari KB…..kerahan tenaga dari mama…suruh aku pegi bayar hutang MARA…..adoiiii…niat hati memang malas nak g hari nie….tapi bila mama mula nak sentap…. Aku terus on jerr….
Letih nanti nak melayan sentap mama….so ikutkan je laaa…..Then tadi dah settle yang tertunggak RM 1500…time OTW balik ofis…sempat lagi mama bebel….
“lain kali jangan tangguh-tangguh lagi…asal gaji jer terus g bayar…nanti tertunggak lagi…. Then mula laa nak stress”… huhuhuhu…perli nampakkkkkkkk!!!!
~NONO & HER STORY~
KECEWANYA HATI
Salam,
Kadang-kadang kita cuba buat yang terbaik untuk semua….seboleh-bolehnya inginkan yang “terbaik”…tapi ape perasaan andainya tidak dihargai???susah sangat ke nak fahami hati ini??? Bukan untuk diingati…cukuplah andai dihargai…dan dinilai…
Pengorbanan itu bukan untuk diukur atau dibalas….cukuplah andai dihargai….kecewa nya jiwa andai semuanya sukar difahami….ANDAI KITA MAHUKAN ORANG LAIN MEMAHAMI HATI DAN PERASAAN KITA….SEHARUSNYA KITA JUGA PERLU UNTUK MEMAHAMI PERASAAN ORANG….
Aduhai……pasrahlah!!!
~NONO & HER STORY~
Wednesday, October 21, 2009
MAAF KAN AKU....JANJI NIE...hehehe
Salam,
Hopefully this time aku tak de lagi nak tunda-tunda update macam yang lepas-lepas….. cukup lahhhhhhh… hampir-hampir terkorban blog “kesayangan” aku nie dek kerana kemalasan yang melampau….huhuhu..so this time aku betul2 berharap agar tak de lagi kerja-kerja yang tertangguh…hehehe…(harap-harap nye lahhhh)
BTW….this week tak de la busy sangat….sebab aku sempat lagi bercuti…hehehe..really enjoy this holiday…best sangatttttttt….niat hati nak up load photo…tapi lupa nak bawa bluetoth plak…insyallah esok aku update laju-laju erk…..
So for today layan jer citer merepek aku nie….hehehe…sejak akhir- akhir nie kan…aku sukaaaa sangat dengar lagu WALI BAND…..”cari jodoh”....dulu bukan main aku kutuk lagu tu…but now…tak tahu camne leh terpikat…muahahahahaha. Pelik…memang pelik…but I’m really enjoy that song lah…..jom layan sama-sama……hahahahahahaha…
Apa salahku Apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku
Timur Ke Barat
Selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan
Reff
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku
aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
karena cuma diriku yang tak laku-laku
Pengumuman-Pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasiani aku
Tolong cari diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau
~NONO & HER STORY~
Wednesday, September 30, 2009
SALAM...SALAM..SALAM....
Salam,
PERCUTIAN dari blog yang agakkkkkkk lame…..dengan tahap kemalasan yg menjadi2 ditambah plak factor keturunan..muahahaha…so jadi la cmtue…
Ekcely raya tahun nie xde la meriah sgt mcm raya yg lepas2…sbb aku rs xde semangat sgt…nagan PMS…then keadaan yg x brape nk ok…but Insyallah next year akan meriah kot.hehehe…Dalam pada xde mood nk beraya pon aku sempat gak wat open house yg ala kadar…then thanks a lot to my beloved sis yg sanggup meredah jamm bagai…thanks to KAK KV..jasamu ku kenang kak…chewahhh..hehehe.
Then pada sape2 yg buat open house but aku x sempat nk g…really sorry…bkn aku xnk g yer kengkawan…tp keadaan factor masa yg x mengizinkan….tambah2 plak skang CEK ader kat umah…so masa agak terbatas untuk keluar.huhuhu…..
Walaupon agak terlewat…aku nk gak wish SELAMAT HARI RAYA kat korg….MAAF ZAHIR BATIN…..
Semoga ukwah ini berterusan selamanya…AMIN….
~NONO & HER STORY~
Thursday, September 17, 2009
SELAMAT HARI RAYA!!!
Mulut kadang kala salah bercakap....
Hati kadang kala salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....
````` Mohon Maaf Zahir dan Batin `````
~NONO & HER STORY~
Thursday, August 27, 2009
RAMADHAN
Salam ramadhan to all,
Dah lame blog nie x diupdate …..owner agak busy then bulan pose plak kan….bkn sbb penat pose…tp penat ngan keje…biase la…kadang2 dugaan ramadhan lg hebat dari bulan2 yg sebelum nya….
Ekcely walaupon bulan puase, tak bermakne aku leh bersenang lenang….abes ofis kul 5 then tggu mama kuar around 5.15….pastue balik umah dah kul 6…trus bersilat kat dapur…..hmmm…penat???mmg penat…tp bl tgk adik2 berbuka ngan lauk yg aku masak…trus ilang rasa penat…tgk dorg berselera mkn…trus aku senyum….mcm semalam,..sampai umah dah kul 6…then aku sakit pinggang…try la baring jap…trus terlelap…sedar2 dah kul 6.30…..trus aku terlompat…masuk dapur…akhirnya siap gak utk buke pose…aku wat sambal tlur…ikan singgang..grg ikan…grg sayur…alhamdulillah…penat nye tuhan jer yg tahu….tp bl time buke..tgk adik2 aku mkn…trus ilang penat….rs mcm nk masak lg jerrr…(cheeewahhhhh) ..muahahahahaha…
K lah….bulan2 pose nie tak baik merepek panjang2 tau…hehehehe…babai koranggggg…selamat berbuke…mwuahhhh..
~NONO & HER STORY~
Monday, August 10, 2009
MACAM-MACAM LAA....
Salam,
Lately aku rajin sikit…..(sikit jer laa..)hehehehe…so ape yg terpikir dlm pale…aku update jer….hehehe…last weekend…dok kat umah….so bila dok godek2 lappy…aku terjumpe pic nie…sememangnya tak sangka sgt aku ader lg photo nie…..sweeettttt sgttt….-sambil kelip2 mate-…muahahahaha…
Ekcely this guy pon mybe dah lupe aku…..mybe la kottt…wahhhh.. verangan!!!lalalala…sbb aku pon dh lupe name dia….ntah la… muzafar??mustafa??mane satu erkk name awk?? Sy lupe laa….dh lame sgttt
So sampai bkt belacan….beli kopok….air…then jalan2….lepak kat gigi air jerk….sembang2….ala2 romantik…. Hahahaha…gila pasan…. We are juz frenz…. tak
Then after sembang2…ujan plak….so decide blk jer…..pastue leh sambung sembang kat dlm keta…dpn umah aku…hahahaha…giler angau!!!pastue ujan dah berhenti...dia balik….then sambung sms plak mlm tue…hehehe
Minggu dpn tue plak dia ajak aku kuar lg…g tempat yg sama….tp kali nie aku ajak NENE…..sbb aku pikir ok jer
Tp yg sedeynya aku sempat jumpe 2 kali jerr ngan dia…sbb hp aku ilang pastue…then we olls lost contact…sampai la skang….nasib….nasib….ala labuuuuuuu….ala labiiiii…
~NONO & HER STORY~
EXCITED OOOOOO...
Pagi2 dah on9????....yerrrrr..sbb aku semangat ari nie….jap g nk g buat kad staff….so sbb tue la semangat….lantak laa org nk ckp aper pon…..janji aku x susahkan saper2…. Aku wat hal aku jer
Rasa2 nye lawa x gambar aku yg dorg amik jap g???hmmm….agak2 nampak tak bulu mate palsu aku yg rm8 nie???then….sure memang xde taik mate???hahahahaha … giloooo…ntah pape aku merapu bagai…..nerbes nieh…..ai
“NO CAMERA PELISSSS”…..paaaanggggggg sebijik!!!
~NONO & HER STORY~
Sunday, August 9, 2009
TERAPI...
Ekcely lame sangattttt aku x shopping tau….ader la dlm 2 bln….huhuhu…sbb budget adalah amat terhad…..kesian aku kan????but mggu lps…..aku berjaya gak shopping…tp xde la ikut NAFSU serakah…hehehehe..juz beli ape yg patut….handbag dh 2 bln tak bertukar…..so ape lg…rembat ler satuuuuuu……
BONIA SATUUUUUUUUUUUU…….hehehe..
Niat hati mmg xnk bonia….nak yg simple but nice….tp disebabkan “itu” adalah nice….so “terembat” gak laaa…..hehehe…not my false okeh!!!lalalalala…
Then sambil2 tue beli gak laa blusher….compact powder…alaaa…yg biase2 jerk… RM15 jerrrr satu….janji aku leh pakai….cukup lerrrrr….btw…mood utk shopping semakin kurang skang nie….sbb aku ngah pokaiiiiii…..bln depan nk raya dahhhhh…. Spend utk biskut lg…baju lg…doit raya lg…..matiklahhhhhhhhhh…..
huwaaaaaa!!!
~NONO & HER STORY~
KENANGAN DEMI KENANGAN
OOooppsss....ini hanyalah kenangan...saje je aku teringat balik...tp xde kena mengena ngan keadaan aku skang....biasalah...aku nie kan EMO org nyer...time xle lelap cmni..mula la teringat yg bukan2.....nie dh abes bpe round aku nangis.....sbb byk menda yg aku teringat balik....dan yg paling membuat aku adalah bila ptg tg MR.S col.....minta izin aku....nk gtau "something" kat aku....tau ape dia???
"AYANG....ABANG RINDUKAN AYANG"
Aku tergamam.....terkedu....terus menangis tanpa sebab!!!!
p/s : N3 nie aku taip semalam...ari nie br publish...sbb umah xde tenet kannnnn!!!
PUDING ROTI SUKA HATI...
semalam kan cuti...so dok umah adalah boring kalau x buat pape.....so tgk2 kat meja ader roti....alamatnye mmg buang la klu aku x buat pape kat roti tue.....then ader idea nk wat puding roti.....alang2 aku pon dh lame sgttttt x buat kuih2 nie kan....ala2 busy gituu...hehehe...
Ok...resepi nie aku hentam jer...xde tgk dlm mane2 buku pon...aku main agak...then campak jer...janji leh mkn....tp yg terkejut nya...sedappp laaa plak....kebetulan time hantar kat mak tok..p.cik aku ader...siap dia puji2 lagi....siap suh aku jual tueee....wahhhhh....bagosssss!!!
susu cair - 1 tin
air suam - 1 cawan
gula perang - 5 sudu
esen pisang- 1 susu kecil
telur - 2 biji
butter - 100 gm
(campur semua bahan tue sekali...then kacau)
roti - 1 bungkus
(carik2 kan roti....guna semua....then rendam dlm magkuk yg korang dah campurkan bahan2 td)
then campurkan ceri & kismis....kacau2...biar 15 minit....
then bakar....(180 o/c.....selama 20 minit..)
Taraaaaaaa.....siap.....agak sedap...sbb x manis...mmg sesuai untuk minum petang...
selamat mencuba koranggggg............. wahhh..... berangan ala2 cheff gitue.... hehehehe
~NONO & HER STORY~
HEY LADIES!!!
Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis
Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi
Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur
Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong
Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus
Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis
~NONO & HER STORY~
Saturday, August 8, 2009
OPPSS....TAK MUNGKIN...
Ari tue aku balik umah CEK …saje melawat dia kan….sambail bawak balik ubat sekali….then jiran sebelah umah Cek tegur aku….”makin sihat loni….ari tue maso atie nikoh xdok lah sihat gini mo lalu”…. Huwaaaaaaaaaaaa….meraung aku dengarr…….terus aku senyum….then masuk umah…..wahahahaha..shy me tau……huhuhu
Korang caye x aper yg m.cik tue cakap???x kan???kan?kan?...try tgk pic nie….hmm…..tak kan??kan??????????????????huhuhuhu
~NONO & HER STORY~
SLURRPPPPP....
Lame sangatttt blog nie xde pic makan2 kan?kan?....hehehe…nie menu last week…ari selasa lepas… mimi nk mkn ayam masak halia….mama plak nk mkn sambal udang….then senang…xyah nk pikir2…buat jer dua2…abes citer…hehehehe..
Tp kan…nk share tips skit…if nk masak sambal..then nk kaler dia nampak merah terang ala2 sedappp jerrkkk mate nengok kan…korang letak gula skit time tumis cili tue…sure akan jd lawa sambal korang…lawa + sedappp laa…hehehehe…tips nie aku dpt dr m.cik aku…tp seyes..mmg sedapp….sedap mate memandang…..hehehehe
Nie plak menu semalam….sup sayur +suhun…ngan ayam goring..mmg simple…sbb aku malas….hehehe.. tp xper….bak kate mama….”janji masak”…hehehehe..so sure abes…..lalalalala
~NONO & HER STORY~
Friday, August 7, 2009
HEPI BESDAY MAMA...
KEK BEFDAY MAMA YG DAH SELAMAT DIPOTONG SEBELUM DI SNAP OLEH AKU….huhuhu
Nie lagi satu N3 tertangguh….lame….. almost 2 week….N3 paling penting…tp tak berkesempatan nk buat…huhuhu..
Ok…for MAMA…
Thanks for be our mum….u are really good…xde sape yg leh jd mcm mama….mama terlalu banyak berkorban demi kami adik beradik…then now mama mmg tabah….tanpa insan yg paling mama sayang dcc..mama harungi kehidupan bersama anak2 mama….semoga ape yg mama hajati akan tercapai…dan along akan cuba bahgiakan mama sedaya along….selamanya sayang….i love u MUM!!!
HEPI BESDAY YG KE – 45 MAMA…(ehhh..45 ker 25 mama???)hehehehe…
~NONO & HER STORY~
GENTING
Salam,
N3 nie dh lame sgtttttt tertangguh…..tp bl photo dah ader…rs rugi plak bl x up date kan….hehehe.. ekcely last month (23 JULY) aku g KL sbb BFF aku nk tunang….
Then aku sengaja g awal sbb aku nk g genting…..klu aku g sorang alamatnya tak turun la aku… keras la kat genting nunnnnn….we all g JUMAAT pg…then sampai sane trus mkn dulu….pastu check in kat AWANA….aku nie dah la ngantuk + pening sbb dh lame aku tak lalu jalan pusing2 bukit camtu…huhuhu… tambah2 plak mmg aku ngah PMS time tue….so agak moody gak laa…huhuhu
NIE VIEW FROM MY ROOM…YANG UJUNG TUE TAMAN TEMA…dia ader ajak aku g sane…tp mls gler…mmg skang aku nyesal sgt22…yelaaaa dh samapi sne..tp xnk naik…bkn jauh pon….tp time tue aku PMS…so nk ajak aku g DISNEYLAND pon aku xnk….sengsara babe….nk patah pinggang aku…better aku selimut..dok dendiam dlm bilik…huhuhuhu..
Lepas jer check in…(bilik masing2 okeh!!) aku trus tido….then around 5 p.m dia col aku…ajak kuar g SAUNA….owhhh x kuasa aku….ngah sakit2 nie dia ajak aku g sauna bagai….then dia sentap ngan aku…dia g sorg2…trus off hp….agak saspen aku woooo..kang dia tggl aku kat genting sorg2…idok nyerr mampus!!!huhu…tp dia x cmtue….majuk jap jer…around 6.30 p.m tue die col aku…ajak g dinner…hehehe..dia yg majuk…dia sendri yg pujuk…hahahaha…sukerrrrr!!!tp aku lak yg wat hal…dia ajak aku g SAUNA aku xnk…tp aku leh kuar sorg2..jln2 kat sekitar taman ctu…beshh…dingin sgttt…hehehe..then dia sentap lagi….tp mcm biase laa…x lame…jap jer…kul 8 ktorg g dinner…hehehe.. xde dah adegan sentap2….muahahahahaha.
Tp seyes…mmg rugi la aku…iye2 nk g genting…then bl sampai dok dlm blik…tdo…bodowwww…baik dok kat umah jerk….hehehehe…tp nk wat cmner kan…bkn aku mintak pon sakit cmtue…huhuhu
~NONO & HER STORY~
Thursday, August 6, 2009
SORI.....
Tak dapat nak "up date" bagai.....sebab aku sakit mate.....
pedih nya menyucuk sangattttttttttttttt....
asyik berair2 jerrrrr.....
sengsara!!!!!!!
~NONO & HER STORY~
Sunday, August 2, 2009
SELAMAT BERTUNANG MAZZ
Sweet memories….aku g KL last week sbb minah nie la…..salah sorg BFF aku tunang….mmg besttt…tp dlm ms yg sama sedey tue tetap ader…sbb?? Yelah..myb pasni ktorg dh x mcm dl…dh ader tggjwb sendri…fmly sendri….so…..hukhukhuk…sedeyyyyyyy..
Haiiipppp,…..xleh sedeyyyyy…kena hepi tau…dh lumrah alam kan….semua ader psgn msg2…cume lmbt atau cepat jer…..hehehehe…
To my lovely friend….MAZNAH ISMAIL…selamat bertunang dear……sayang ko banyakkkkk sangattttt…hehehe
~NONO & HER STORY~
DEMAM...
Salam,
Sorry to say…time nie Nono still not OK lg….lps blk jer dr KL….demam sampai la skang…then bertambah plak ngan cuaca yg x menentu…lg la susah demam nie nk OK…huhuhuhu…
Niat hati mmg nk update bagai…tp keadann yg x mengizinkan…rindunyeeeee nk “berblog” blk…. Tp walaupon aku x update…aku still bace blog2 korg yg besttttt….hehehe..
Ooopppssss……sempat lg nk gtau nie…salah satu wish list aku utk tahun nie dh dpt dipenuhi….iaitu nk dptkn handphone ke -2…..hehehe…hadiah besday dr someone for me…..lalalalalala…hepi…hepi… dh seminggu aku gne…eeehhhh..nk masuk 2 minggu dahhhh…(buat2 lupe)..muahahaha….
Before aku lupe…..nk g KL lg next week nie…kali nie atas urusan kije….tp mcm biase la…sambil menyelam…minum air….hahahahahaha….
~NONO & HER STORY~
Friday, July 24, 2009
KL AGAIN!!!
Time N3 nie terpampang aku dh selamat kat KL…(insyallah)..hehehe.. this time aku g sane sbb “berfoya2”… hehehe..nikmat sungguh babe!!!...hahaha
Aku fly kul 10.30 p.m(khamis) then akan balik KB blk 8.30 a.m (isnin)…..hehehe…jgn ditanya ape aku buat kat KL sbb aku ader agenda tersendiri…hehehe..kali nie xde plan nk jumpe mane2 bloggers sbb aku rs mcm “frust” skit….ntah….mls nk ingt dah….yelah…rs mcm down pon ader ahhhh….so better xyah… kwn dlm blog je laa….tp buat setakat nie…antara bloggers yg aku jumpe…
KAK CEND– akak mmg kiut ahh….comel jerr die nieh tau..mulut dia sweet sgt....ala2 sejemput jerrr…alalalala…sooooo sweet laa…pastue hubby dia lg best…..sporting…suke budak2… friendly sgtt…thanks akak sbb sudi jumpe nono yerrrr….
KAK KV-nie pon best gak tau….akak nieh mula2 jumpe dh gege mulut dia…owh…peramah sgtttt… then agak kalut…tau sbb per aku ckp cmtue??sbb time aku g kenduri umah dia…agak bz die dok melayan tetamu…then bl nk tambah lauk…dia la yg paling busyyyyyy….hehehehe…mmg superb la layanan akak ari tue….then yg paling besttttttt….akak paling sportingggggggggggggggggggg…..suke tau… ngeh..ngeh…
K laaaaa…nnt isnin aku update lagik erk….ahad aku cuti…hehehehe…
BABAI KORANGGGGGG!!!
~NONO & HER STORY~
Thursday, July 23, 2009
PESAL LA AKU KENA MARAH!!!
Salam,
Actually aku dh nk blk umah nie….tp mama suh tggu sampai kul 5.30….dia nk settle kije skit lg katenye… today aku xtau ape la yg x kena….tetiba mama mrh aku…..seingat aku xde plak aku wat pape yg menyakitkan hati dia….ntah laaa…ape kena pon aku xtau….kekadang mimi pon merungut kat aku tentang mama nieh….mybe mama nk “menopause” kot….huhuhu..(betul ke ehhhhhh??)..
Ntah laaaa…tak paham akuuuu…..huhuhu….ape la yg tak kena??????huhuhu…celaru…haru…. biru… huwaaaaaaaa!!!!
TENSION LAAAAAA CAMNIEEEEEE!!!
~NONO & HER STORY~
Tuesday, July 21, 2009
JUNE!!!...AKHIRNYAAAAAA
Ingat lg tak aku ckp yg aku g perak bln lepas sbb majlis kawen akak sepupu aku???then yg aku cuti sampai seminggu tue….ingatttt???hehehe….nie la gambo nyerrr…aku br dpt dr c.zie sabtu ari tu….so layan la erk….
Tp nie time kat belah pompuan.....
(SORRY LAA YER..GAMBOR ADALAH BERTERABURRRRR)
~NONO & HER STORY~