Tuesday, August 16, 2011

15 RAMADHAN TERAKHIR

Insyallah lagi 14 hari kita akan meninggalkan bulan Ramdhan yang mulia ni. Tapi pernahkah kita terfikir, adakah masih lagi kita berpeluang untuk menemui Ramadhan yang akan datang???

Bila mengenangkan semua tu, for sure saya akan merasa sebak sangat… Rasanya masih terlalu banyak yang perlu saya lakukan. Dan semoga kita semua bakal menemui Lailatul Qadar seperti yang diimpikan…

INSYALLAH…




~NONO & HER STORY~

Monday, August 15, 2011

BERTAUBATLAH ‘SAYANG’

Saya kecewa sungguh… teramat kecewa!!!

Memang saya susah nak percaya benda-benda tahyul nie, but in the same time we need to believe its can happen.

Last Thursday -fuad (my lil brother) saja nak melawat Pak Long kat Besut, saya of course la tak dapat nak join sebab kerja. Then malam nye after berbuka Fuad bagitau yang saya perlu hati-hati!!!

I was wondering la kan… what for nak beware??? Then barulah dia story the whole story. Nak dijadikan cerita, semasa Fuad kat rumah Pak Long tu… dia ajak Pak Long jumpa sorang Ustaz ni. Sebab nya Fuad rasa tak seap badan…Tapi alih-alih sampai rumah Ustaz tu, lain pulak cerita nya.

Tiba-tiba je Ustaz tu tanya Fuad :

“Awak ada kereta tak?”

“Saya takde kereta Ustaz”

“Kakak awak ada kereta”

“Aaah…ada” ….

Dalam masa yang sama Fuad dah mula terkejut la..sebab mana dia tahu semua tu..tak pernah jumpa pun kan.

“Awak kena hati-hati sebab di pemegang pintu kereta kakak awak tu ada orang calitkan darah orang mati…Kejap lagi saya buatkan air solat hajat, awak bagi pada kakak awak.”

Ya Allah… memang saya tak sangka sangat-sangat…sebenarnya banyak lagi yang Ustaz tu bagitau. Tapi rasanya cukup la dulu. Dan Untung nya saya masih tak tahu siapa yang sanggup buat semua tu pada saya…

Dan menurut Ustaz tu lagi, tujuan ‘orang’ tu sebenarnya untuk melembutkan hati saya supaya suka kat dia!!!

SUBAHANALLAH!!!




~NONO & HER STORY~

EMPAT TAHUN

Sedar tak sedar dah nak masuk 4 tahun Blog nie… uishhhh, boleh tahan lama jugak la kan!!!

Tapi semakin lama, semakin surut aura untuk up date tu. Tak tahu kemana menghilang, kejap-kejap timbul, kejap-kejap hilang…

Tapi walau apa pun, sedaya upaya akan saya cuba pertahankan…(ceaawahhh…ayat tak nak kalah kan!!!)

Nanti kita up date sikit-sikit yer…lama-lama jadi ler bukit!!! Hihi…




~NONO & HER STORY~

Tuesday, August 2, 2011

1 RAMADHAN

Tajuk ala-ala sopan-muslimah la kan. hehehe...

Tak tahu kenapa ramadhan tahun lain sangat. Macam sayu jer rasanya... mungkin sebab dah besar panjang kan, so aura tu agak lain kot.

Hopefully tahun ni tak nak tinggal terawih, tapi semalam (terawih ke-2) dah miss!!! :(
Sakit kepala yang melampau, berbuka pun saya just makan kuih, tapi air teh o laici 3 gelas yer!!!

Semalam konon-konon nak ronda-ronda bazar ramadhan, punya lah syok sampaikan meronda 3 bazar!!! Dan boleh pulak time tu terjumpa 'kenangan lama@kekasih lama'. Parah!!!

Masing-masing tersengih... kononnya 'profesional' la kan!!! dalam hati bukan main lagi menyesal 'terjumpa' kan!!! muahaha... hish..macam-macam laaa.


~NONO & HER STORY~

NUFFNANG