Wednesday, July 29, 2015

SETELAH...

Setelah hampir 3 tahun tak menulis! tiba-tiba hari ni rasa sangat bertuah!!! hahaha... Terasa rindu pada Blog yang selama ini kutinggalkan! chewahhh..hahaha

Nothing much about me, but dah hampir setahun di tempat kerja baru dan hampir 2 tahun berhijrah dari tempat sebelum ni, so far apa yang boleh aku katakan - bukan senang nak senang-

Orang nampak semuanya manis, tapi yang menanggung adalah kita! Dan takkan la semua benda kita perlu share or bagitau orang kan??? Tapi, walau apepon...semua itulah yang mematangkan kita! Insyallah, berkat doa ibu dan semangat yang ada, everything will be fine and better!

Well, like before... I'm still single - means tak kawen lagi- but not available! acaner tuh??? hahaha... biarlah Dia menentukan bagaimana jalan cerita hidup aku! - alamak! si mak buyung datang pulak!!! nanti la kita sambung yer!!! hahaha


~NONO & HER STORY~

Monday, February 18, 2013

HIGH HEELS

This pic was taken this morning before i'm going to office...

Dah namanya anak perempuan, so will always be anak perempuan lah. Before this setakat interested with make up things i assume it was normal la...yeah, asal tengok je mummy dok mekap nak keluar, dia pun sibuk la nak menyelit sama, amik lipstick la, eyeshadow la...but this morning lagi menarik aksi dia..berebut HEELS with mummy!!!

Anak perempuan la katakan, bila kita ambil heels tuh, bukan main marah dia...i try sorok bawah katil, siap terbongkok-bongkok dia nak ambil balik..semangat!!!

Lastly kita bagi je dia main..settle masalah!!! hehe...


~NONO & HER STORY~

Sunday, February 17, 2013

FIRST


My All... no words can describe how much mummy love u sayang! unbelievable.. already 1 year now!!!

Last week she make my tears come out without i notice... yeah, after 1 years, she now can call me 'MAMA' even saya sendiri keep teach her to call 'MUMMY'..hahaha. Macam-macam!!!

And also now, dah pandai mintak susu...siap tunjuk2 botol dia..so tu tandanya nak susu la!!! Then semua benda yang dia nak sekarang, semuanya tunjuk-tunjuk je...dan paling tak tahan, dah pandai tarik tangan kita nak ajak pergi berjalan!!! alahaiiii....Everyday words yang dia takkan pernah tinggal is AYAM!!! Yes...budak penakut dengan ayam! asal bunyi je ayam ( well, jiran belakang rumah saya bela ayam...dah macam kawasan setinggan jadinya kat belakang rumah tuh! that's why we oll tak suka buka pintu belakang lately..bau t**k ayam tuh...pfff) mula la nak lari..hahaha

One more thing is, if nampak je mummynye pakai skarft, mula la menggelupur...macam dah besar..tau je nak kena tinggal kan..hahaha.. my sweet Marissa Safiyya.


~NONO & HER STORY~

Thursday, January 17, 2013

SHE'S A GIRLS

She's 1 year now... cepatnya masa berlalu kan!!! semalam genap Marissa setahun, haish...rasa macam kejapnya...

Masih tak puas nak tengok dia merangkak dan guling-guling.Now dah mula berjalan dan dah tau apa itu protes!!!

Mummy wish u will be a good girl and remember that i always proud of u my darling... Mummy tak kisah what people around nak kata or cakap, sebab bagi mummy being with u and having u is the most awesome moment yang mummy sentiasa harapkan! Semoga Marissa jadi anak yang soleh dan dapat jadi contoh kepada adik-adik nanti. #wahhh..'adik-adik' okay...mummy dah berangan!!! #pengsan!!! hahaha


~NONO & HER STORY~

Thursday, January 10, 2013

PERENANG NEGARA???


Asal weekend je bermula la episod swimming kat rumah...dan tak lain tak bukan perenang nya adalah Marissa!!! The only hero aka heroin yang bermaharajalela dalam rumah sekarang. Tapiiii...jangan tak tahu, even dia melasak camne pun, perasaan takut tetap ada. Even dia langsung tak heran kat semua orang dalam rumah tu, tapi if dengan Mummy, mau nye kecut perut...hahaha.

Nak kata saya ni garang takde la sangat kot, tapi bagus jugak la if dia takut..hahaha. Sebabnya dia punya mengada tu..Ya Allah..hazab!!! sangat lah manja... 


Pic ni time last week, dia punya mulut tuh bising yang hamat, dok potpetpotpet, tapi serius sepatah haram tak faham!! hahaha

~NONO & HER STORY~

Wednesday, January 9, 2013

LITTLE BIT UPDATE...

Pernah tak korang rasa macam banyak je benda nk story...tapi in the end hampehh..semua kelaut!!! satu haram pon rasa macam tak tau mana nak mula...YES!!! itulah yang sedang bercelaru dan berombak (berombak hokeyyy) dalam dada saya sekarang.

Disebabkan tak tau mana nak mula dulu, so let be cool..hahaha. Ok, firstly about my lil princes... She's now almost 1 year..lagi 6 hari genaplah setahun.Wahhhh...sekejap je rasanya kan!!! selalu sangat time dia tidur, saya akan tenung muka dia, dan jauh di sudut hati akan rasa cepatnya dia membesar. Rasa macam tak puas lagi nak tgk dia merangkak, tak puas lagi nak berperang bagi dia makan bubur (sekarang memang tak layan bubur bagai dah, makanan kita jugak yang diidam nya!) Haishh...rindunye!!! Tapi takpe, semuanya memang dah perjalanan hidup kan...so kena terima even rasa sayang and sedih camne pun, kita kena redha. Satgi dia nak kawen pulak, so kena belajar menerima kenyataan okay! hehehe...

Dah nama pun 'EMAK' kan...so memang EMAK laaaa...hehehe. Mungkin dulu-dulu mama pun camni la kot. Tengok saya membesar bagai johan (sekarang lagi la besarnya) mungkin dalam hati dia pun dok risau like what i felt now. Tapi takper... (pujuk hati sendiri)..hihihi.. so kena usaha lebih nie, kena cari calon cepat-cepat then kawen, pastu dapatkan second baby....wahhhhhh..matikla berangan nak baby macam beli baju online je..just click-click...hahahaha

~NONO & HER STORY~

Monday, December 31, 2012

ENDING OF 2012

Weeiiuuuu....
Sangat lah lama tak update blog nieh! even ada jer masa terluang tapi rasa malas tuh makin menjadi-jadi...What to do kan!!! :)

Btw i just wish next year lebih baik dari this year, its sound cliche but i'm really hope! i wish..  :)

Also miss all the things in my life... i miss my friends, my clicks also all the memory.

~NONO & HER STORY~

Friday, June 22, 2012

SEEMS GONNA BE OKAY

Hi,

Lately 'kemalasan' dan 'ketandusan masa' (ececeyyy)...hahaha. But will try to cari masa untuk update sikit2 kan! Really miss my lovely Blog!

Pernah la sesekali tuh buat check up about this blog - means my blog la kan, even tho tak ber update tapi review nye still ader! apekah??? Rasanya takde apa2 yang menarik ponggggg... bebelan seorang pompuan yang karut marut adalah kanss =)

Btw my life seems gonna be okay now. Dengan aktiviti yang pelbagai dan pack..eceyyyyy!!! hahaha. Yes, jadual kerja pun kadang2 tak menentu sekarang nieh, then majlis kahwin la..event tuh la..memacam!!!

And about Marissa! She's doing good... last 2 day demam!!! sebab kena inject 5 month. Ingatkan dia okay la like before, sebab before this ko inject lah apapun, demamnye hanye sehari.tapi this time 2 hari. Siap panas bagai. Menggelupur lah mummy berlari balik rumah, ambil dia kat pengasuh and bawak balik bagi ubat! Punyalah bersilat nak telan ubat tuh..kesian my liltle Marissa!!!

Now alhamdulillah dah okay! back to the normal... bergulingang di carpet, dan yang paling terbaru, dok kelebek carpet dan menggagau cari isi bawak tuh! silap2 haribulan digigitnya carpet!!! God Job sayang!!! lepas nieh tak payah la mummy nak beli mainan, ko gigit je carpet Tok Ma ehh!! hahaha...

My single life also okay..alhamdulillah! banyak improvement nye - bak kata my BFF - 'ko tak rugi pon lepaskan dia, tapi yang rugi adalah dia sebab kehilangan ko'!!! sounds like uweekkkkk...poyo! tapi itulah hakikatnya! For now, Pandang je lahhhhh...nak 'miliki'??? sorry lah bang... =)


~NONO & HER STORY~

Sunday, June 17, 2012

NEW AND WEIRD

Pelik sebab lately asyiklah tak lalu nak makan. Tengok makanan tak kira la apa pun memang tak membuka selera! (This is not sebab frust ke hape okay) Btw time gosok gigi mula rasa tak sedap!!! meloya semacam!!! kadang2 fikir - ehh nak mati ke aku ni? hahahaha...

Spekulasi member baik - Mira- lagi best!!! - ko preggy ehh??? rasa nak je saya pagi penyepak laju2! celah mana nak preggy nye kansssss!!!

And badan pun cepat je rasa letih, entah la sebab apa. maybe hormon kot. Since ada jugak yang tegur - muka saya pucat - maybe sebab tak make up! banyaknye MAYBE!!! nak check up tapi rasa macam melampau la pulak sampaikan nak check up bagai, so abaikan je la. Insyallah takde pape la tu kot!


~NONO & HER STORY~

HAPPY FATHER'S DAY!

Dear dad,

I may love a lot of man in the future, someday I'll get married to someone out there. But in the end let me remind you that, no matter what happen, you'll always be the best guy for me. I love you 'till forever ends :)

Lots of love,
Me

http://bestquotesfb.blogspot.com/  =)

~NONO & HER STORY~

Friday, June 15, 2012

WHEN U SAY U LOVE ME


You say you love rain, but when it comes, you seek an umbrella.
You say you love the sun, but when it shines you seek shade.
You say you love wind, but when it comes, you close your window.
That's why I am scared when you say you love me.


crdt to - http://bestquotesfb.blogspot.com/



~NONO & HER STORY~

PRETEND TO BE OKAY!


2-3 hari tak ber up-date sebab nya kerja yang banyak menimbun lepas keluar ward hari tuh! So kasi settle dulu mana yang urgent, update blog slow2 yer! =)

Semalam bercakap on phone with 'Ex Boo' - bila dah putus takkan nak panggil 'Boo' lagi kan, so letak je 'Ex Boo'..hehehe. Btw bukan saja2 nak sembang, yup!i'm not really strong untuk pretend yang i'm really ok and full recover! tapi i will try and keep try!

Agak lama bersembang bagai, since dah sembang rasa marah tuh tipu lah kalau saya cakap 'langsung' tak ade! but malas nak ikutkan hati, nak marah buat apa lagi kan? nasi dah jadi bubur! even dia ada cakap semalam 'tak mustahil' if we oll get back! tapi bagi saya, cukup lah. Saya boleh terima kemaafan dia, juga boleh terima semua nya, tapi untuk saya jadi macam dulu - means sayang dia macam dulu mungkin semua tuh takkan berlaku!

Dah banyak peluang dan masa yang saya bagi, now saya dah penat! cukup lah kami hanya jadi kawan! But if jodoh kami sekalipun, 'kebahagiaan' yang wujud nanti mungkin hanya sementara! hati saya amat sakit - tak mampu untuk diluah dengan kata2!

Saya lagi sanggup hilang dia dari terus memiliki bayang2 sahaja!

People leave because it's easier than working things out,
People lie because it's easier than telling the truth,
People don't try because it's easier than lowering their pride,
People profess their love through words because it's easier than showing their love through actions,
That's why most relationships fail, people don't know how to sacrifice


crdt to - http://bestquotesfb.blogspot.com/

~NONO & HER STORY~

Monday, June 11, 2012

WARDED

Since jumaat lagi kepala rasa macam tak berapa ok, tapi saya buat tak layan je. Malas nak ikutkan sangat dengan harapan nanti2 ok la kot..tapi rupanya makin menjadi2 hinggalah pagi sabtu tuh! So amik Cafox, rasa ok skit. Petang sabtu tuh siap ke kenduri bagai.

Elok je lepas makan kenduri terus rasa meloya yang amat!!! pelik kan!!! kepala dok berdenyut tak payah cakap! time balik tuh, Emiy drop kat office sebab saya parking kereta kat office, malas nak drive 2 kereta ke kenduri yang sama.Elok je sampai kat office, siap muntah bagai okay! semua yang ditelan kat kenduri tuh keluar... rasa macam nak pitam! Time tuh, dah risau how nak drive balik rumah ni kan? tapi gagahkan diri jugak! All the way nak balik tuh, memang kepala amat lah ting tong! kalah makan pil khayal! hahaha.. ok tak kelakar! =(

Then elok sampai rumah terus lembik, rasa nak pitam! amik cafox again! then muntah  lagi!!!time tuh around 7 pm kot. then baring2 kejap..around 8 pm camtuh settlekan Marissa, tukar pampers and baju tidur bagai. Time tuh kepala still berdenyut, sambil susukan Marissa sambil saya dok nangis tahan sakit.Last2 gagahkan diri dodoi Marissa sampai dia tertido! around 9 pm tuh amik caffox lagi sekali, then baring! Almost 10 pm masih dok berdenyut bagai, tak tahan lagi! then mama ajak ke Emergency.

Sampai sana, tunggu around half hour camtuh, then dorang masukkan kat Zon Kuning.Masukkan drip, then inject ape ntah... so kasi rehat. Time tuh BP 197/129!!! Huwaaaa... cuak sangat!

Warded kat wad sementara, then esoknya boleh balik tapi dengan syarat perlu ke clinic staf everyday untuk check BP! Mama siap tanya...
" ada masalah ker? ker banyak fikir? "

Tapi, nak fikir apa??? rasanya takde masalah kot!!! entah lah... what i have done to my soul??? i feel okay, but inside???


~NONO & HER STORY~

Friday, June 8, 2012

ONCE UPON A TIME

Kenangan sungguh... teringat key word lame2 dan tengok pic dulu2 rasa macam 'owhhh indahnya!' hehehe...

Semalam melayan jiwa lara (lara la sangat kan) hahaha... so time buhsan2 tuh dok termenung sorang2. Teringat ayat yang pernah saya cakap kat dia - 'ehhh abang, i'm still need u okay! please pakai life jacket' hahahaha...sampaikan orang sebelah kami sengih2 - maybe dia dok fikir 'poyo nye minah nie kan' hahahaha..but niceeeeee...memori tuh masih segarrrrr... hahahaha - haru!!!

Pastu terus tido, sebab penat plus takleh mandi air takde, so tido awal!!! Yang takleh blahhh siap mimpi okay!!! Tapi i'm not sure mimpi tuh adakah mimpi atau pun flashback memory sebab benda pernah jadi dan kita mimpi benda yang dah jadi tuh... so nak panggil apa yer? hahahaha...

Mimpi tuh sadis la jugak, tapi biar je la... takleh nak emo lebih2 kang jadi lain! Yes mimpi benda yang dah jadi 2 weeks ago!!! time tuh otw ke kenduri one of his friends then dalam kereta tuh dia cakap, 'abang tak pernah tengok ayang make up cantik camni, thanks sebab jadi cantik untuk hari nih' hahahahaha...  berbangga hokayyy!!! then terus sedar dari mimpi pastu siap buat dialog sendiri - 'cantik ker? tapi kena tinggal jugak!' hahahahaha... saiko!




~NONO & HER STORY~

Thursday, June 7, 2012

A BUNDLE OF THE REASONS

Pilihan kita, adalah tanggungjawab kita. even benda tuh rasa berat nak tanggung, tapi apakan daya! kena survive jugak!

Semalam sepupu dari Kedah datang rumah, cuti sekolah, so balik kampung lerrr. Biasalah bila ramai2 gitu dok bersembang la macam2 topics! dan yang takleh blah nya, mama siap cakap :

"Pasni orang Kedah bertambah korum la!!!! " meanssss????????

Mama tak tahu apa yang dah jadi antara 'kami' then harapan mama tuh buat saya sedih! Btw biarlah dulu, bukan niat nak tipu mama, tapi biarlah saya cari kekuatan saya dulu sebelum saya bersedia untuk bagitau mama!

Orang takkan faham apa yang kita tanggung, yang orang tahu hanya nak mempersoalkan tindakan dan keputusan kita! Tapi sememangnya kita takkan mampu nak puaskan hati semua yang ada disekeliling kita. Memang takkan!

Berat mata memandang, berat lagi hati yang menanggung! Even tho mulut always pretend ''i'm ok'... tapi boleh ker hati tuh seiring dengan kata2 mulut??? for sure memang tak laa! So lebih baik jangan tanya 'kenapa' sebab takde siapa2 yang boleh faham situasi yang saya hadapi sekarang! apa yang saya harapkan, doakan lah saya terus meniti hidup dengan penuh kekuatan, walaupun hebat cabarannya, saya akan cuba!

~NONO & HER STORY~

Wednesday, June 6, 2012

YANG LEPAS BIAR KAN LAH

Apa yang dah berlaku sebelum ni, biarkan je lah. Sebab yang berlalu tuh memang tak boleh nak undur lagi, walaupun menyesal macam mana sekali pun. Menangis air mata darah pun memang takkan mampu nak undur kan! Malas dah nak ambil tahu, atau pun nak dengar cerita baru!

Ececeyyy... ayat macam budget kan! but betul la, tak nak ambil tahu dah pasal benda2 tak penting! Her life is her choice! kannn!!! Cuma harapan nya lepas ni, tolong lah jangan jumpe or ditemukan secara tak langsung dengan her tuh!

Weekend ni kalau takde aral ke 'oversea'! tapi macam tak sure sebab teman Lesbo tak sure sempat balik or tak dari outstationnya! Dan heels pulak nampaknya kena beli baru! Heels lama??? berada diperantauan, tak tau bila lah boleh dapat balik! =(




~NONO & HER STORY~

Tuesday, June 5, 2012

RASANYA TAK PERLU

Balik dari kenduri tadi tengok Hp ada msg from salah seorang 'mereka-mereka' nih. Kononya ajak lepak nanti sebab katanya nak kenalkan dengan seseorang yang "setia' tuh. Wahhh..matik la!!! sah2 la memang saya tak nak! walaupun tahu dia kat mana, dan bila2 masa pun saya boleh je nak jumpe! tapi mungkin taklah kot! No reason untuk jumpe dia, even dia memang tak kenal dan tak tahu siapa saya!

Rasanya biar je lah, Saya dah mula redha. Itu jalan yang dia pilih, dan mungkin dia masih lagi belum puas dengan apa yang dia ada sekarang ni. Just go on! saya sesekali takkan ganggu! Cepat2 saya call balik 'mereka' nieh dan bagitau yang saya langsung tak berminat nak kenal. dan nasib baik lah 'mereka' nih faham dengan keadaan saya!

Alhamdulillah, 'mereka' masih lagi menghormati saya! bersyukurnya sebab masih dikelilingi oleh orang2 yang baik dan boleh diharap camnih! =)

Cukup lah saya hanya mendengar ceritanya, saya tak mampu nak berlakon dan tengok depan mata sendiri, kerana saya tidak sekuat yang diharapkan! Sakitnya bila kita tahu orang lain melukakan perasaan orang yang pernah kita sayang walaupun orang tu bukan lagi bersama dengan kita! sangat pedih rasanya!

Dengar cerita yang semalam tu pun buatkan saya pilu, apatah lagi nak tengok live depan mata nanti! owhh.. mungkin tidak kot! Kenapalah semua ni berlaku di saat saya mula mencari kekuatan dalam diri? Dan mungkin ini adalah salah satu balasan kot! apapun saya redha! =)


~NONO & HER STORY~

KECILNYA DUNIA

"No need for revenge. Those who hurt you will eventually screw themselves up. And if you're lucky, God will let you watch."

Wahhh... rasa macam sangat terkejut pun ada, tapi sepatutnya tak perlu la kot nak terkejut! Tuh la, bila lama sangat tak bersembang dengan 'mereka-mereka' yang dulu nya selalu dok melepak bersama, now bila dah ada masa dan ruang, saya bukakan peluang untuk melapangkan fikiran with 'mereka-mereka' ni.

Rupanya betul lah, 'tuhan akan tunjukkan didunia terus apa yang kita lakukan' - means -boleh je if kau nak sorok bagai, tapi lama mana and sampai bila? Yes memang bagi pandangan mata 'other side' kau memang baik, "setia" like with kau sorang je! padahal belakang kau... perghhh..sape tak kenal???

Mula2 dengar nama dia, saya macam nak jatuh jantung!!! terfikir jugak, dugaan apalah yang tuhan nak bagi lagi ni. Tapi i'm try to buat2 tak kenal dan tak tahu. Yes, she's memang 'tersohor' rupanya! and no wonder lah... "kesetiaannya" berkekalan! =)

Btw tuhan memang nak tolong saya! takpelah, saya redha dengan apa yang berlaku cuma saya kesal dan tumpang sedih dengan apa yang berlaku to 'other side'. Cuma fikir lah, kalau dia mampu tinggalkan orang yang sayang dia untuk orang yang dia sayang, tak mustahil dia akan tinggalkan seseorang yang dia dapat ni untuk orang lain yang bakal ada dalam hidup dia nanti! - what goes around comes around! lebih kurang gitulah. =)

~NONO & HER STORY~

JUST SMILE

syasya mustafa @sy4sy4
Never cry for the person who hurts you..just smile & say "thanks for giving me a chance to find someone better than you."


Babe thanks for giving me advice and being my shoulder when i'm really need! I'm trying and keep trying walaupun perit saya masih lagi mencuba, mungkin semua yang berlaku ni akan beri pengajaran yang bererti untuk saya dimasa hadapan!

~NONO & HER STORY~

Monday, June 4, 2012

TAK SELESA

Tak tahu kenapa lately badan rasa cepat penat dan selalu mengantuk! nak kata banyak keje memang tak la. Tapi kenapa tiap2 malam awal je tidur, kadang2 belum pukul 9 pun dah tersenguk2 depan tv. Pelik kan???

Makan pun memang nak makan macam2 tapi memang tak habis! kadang2 beli je, then bertapa la makanan tuh kat pantry! tunggu pukul 5 bawak balik kat rumah! hahahaha...

Hadoiii... nak kena recover camne nih? =)


~NONO & HER STORY~

NUFFNANG